BUJANG CARA SELEBRITI

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

JENNIFER ANISTON Selepas bercerai dengan Brad Pitt pada tahun 2005, aktres ini menjalani kehidupan sendirian. Biar ada saja gosipnya dengan lelaki yang mendampinginya, Jen yang juga kini tunang kepada aktor, Justin Theroux berkata, “Saya memiliki satu perhubungan yang cukup baik dengan diri saya selepas bercerai. Fokus terhadap karier menjadi lebih baik, keluarga sentiasa menyokong dan teman rapat yang membantu tidak membuatkan saya risau jika harus solo untuk jangka masa yang lama”

DITA VON TESSE Bekas isteri rocker terkenal, Marilyn Manson ini berkata she loves being single! – “Saya tidak meletakkan apa-apa lagi sasaran dalam berumah tangga dan saya tidak pernah lihat perceraian yang saya hadapi sebagai satu kegagalan tapi lebih kepada motivasi hidup untuk terus selesa dengan apa yang saya usahakan.”

TAYLOR SWIFT Taylor Swift terkenal dengan cerita-cerita patah hati menerusi lagu-lagu ciptaannya. Namun penyanyi yang semakin popular dengan lagu 22 kini lebih selesa hidup solo. Swift dalam pernyataan dalam majalah Wonderland menyatakan “Perhubungan ibarat lampu isyarat dan jika dilihat secara teorinya saya hanya akan bercinta jika ia menunjukkan isyarat hijau”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.