Ceritera Membujang

BUKANLAH END OF THE WORLD KALAU ANDA HIDUP SENDIRIAN. MEMBUJANG JUGA ADA KELEBIHANNYA.

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

Ramai menganggap hidup pada usia lewat 20-an tetapi masih membujang (wanita terutamanya) bagaikan tiada harapan lagi untuk mereka mencari cinta. Usah begitu, kerisauan perihal yang satu ini takkan berhujung. Hela nafas tenang dan hadapi hidup membujang dengan mudah. berkongsi peri indah hidup membujang.

Ceritanya mudah, bila usia sudah cecah lewat 20-an dan mahu menjengah usia 30, ramailah wanita khususnya mula risau jika masih belum bertemu teman hidup. Saya tertarik dengan kata-kata Lauren Mackler daripada UK Mail Online – “Aloneness is still associated with all kinds of negative emotions”. Mackler menambah semua emosi negatif ini sebenarnya akan membawa kepada fasa kesepian, tekanan dan juga merasakan diri mereka sebagai ‘loser’ apatah lagi melihat teman rapat lain sudah berumah tangga juga memiliki cahaya mata.

SELF-AWARENESS

Aktres, Delta Burkes pernah membuat pernyataan “Saya tidak suka dilabel sebagai wanita yang kesepian hanya kerana saya tidak mempunyai kekasih” – Dan dia menambah perkara terbaik menjadi bujang adalah anda mampu belajar mengenali dan memahami siapa diri anda yang sebenar. Masa yang ada lebih tertumpu kepada diri anda untuk anda menjadi lebih baik daripada pelbagai sudut.

BINA STATUS

Fokus pada kerjaya dan apa yang anda usahakan sekarang kerana ini masanya untuk anda mencipta status serta imej yang akan membawa anda ke satu fasa yang lebih baik. Keluar dan bergaul dengan ramai orang penting yang membolehkan anda meluaskan jaringan kerjaya sekali gus memberi impak pada imej dan status.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.