Tatagaya Tradisi & Moden

THE ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR MENAWARKAN PENGINAPAN MEWAH LIMA BINTANG. SATUSATUNYA HOTEL YANG MENGGABUNGKAN WARISAN TRADISI MELAYU DAN MODEN PADA SENI BINANYA.

EH (Malaysia) - - Santai Kota -

Untuk bercuti atau menghadiri urusan perniagaan, pastinya anda memerlukan penginapan yang selesa dan lengkap dengan kemudahan yang diingini. Hotel The Royale Chulan menyediakan 300 bilik mewah, 120 apartmen dan studio. Terapi minda anda yang bercelaru dengan pemandangan indah KLCC dan bukitbukit menghijau di bahagian Timur bandar. Kemudian, cuba ke Club Floor dan Royal Club Lounge yang mana perasaannya seperti berehat di ruangan kediaman anda sendiri!

Dalam menambah unik kepelbagaiannya, The Royale Chulan mengetengahkan tiga signature restoran yang menghidangkan makanan bersesuaian dengan cita rasa pengunjungnya. Antaranya, Bunga Emas (masakan Melayu dengan hiburan pada waktu malam), L’Warisan (masakan Perancis kontemporari dengan persekitaran yang selesa) dan Tai Ping (masakan asli dari China).

Luangkan masa untuk singgah di Warisan Cafe yang menggunakan konsep dapur terbuka dengan hidangan bufet di teres terbuka yang pastinya menenangkan. Mahukan suasana yang kurang formal? Anda boleh bersantai di dek sekitar kolam renang sambil menikmati hidangan ringan seperti salad atau menyediakan hidangan secara barbeku. Di The Terrace Cafe pula ada menghidangkan masakan tempatan ala ‘mamak’ manakala The Lanai Lobby Louge menyediakan manisan kuih tempatan bersama hidangan teh tradisional gaya Inggeris.

Menyumbang kepada keperluan sosial pengunjungnya, terdapat 10 bilik mesyuarat yang mana salah satu biliknya boleh memuatkan sejumlah 2,000 orang pada satu-satu masa. Ia juga sesuai jika mahu mengadakan majlis formal atau majlis kasual ala koktel. Demi menjaga kualiti perkhidmatannya, kesemua bilik mesyuarat dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi serta dipantau oleh kumpulan teknikal profesional untuk kelancaran majlis.

L’Warisan Hidangan kreatif yang menepati kepelbagaian citarasa pengunjung.

Ruangan bilik hotel yang luas dan selesa dengan susunan perabot yang menarik. Kolam renang di bahagian atas hotel menjanjikan pemandangan indah KLCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.