PEMBUKAAN GALERI BARU WEILING

EH (Malaysia) - - Berita Deko -

Wei-Ling Gallery terus melangkah ke depan dengan pembukaan galeri terbarunya di Hotel E&O Pulau Pinang. Galeri terbaru ini merupakan galeri ketiga mereka, selepas pembukaan galeri sebelum ini di Brickfields dan pusat beli-belah The Gardens. Pembukaan galeri ketiga ini juga sekali gus menjadi Wei-Ling Gallery sebagai galeri komersial terbesar di negara kita.

Sejak pembukaannya 11 tahun lalu, Wei-Ling Gallery menjadi ruang untuk mempamerkan karya seni hasil kerja tangan artis tempatan. Malah mereka juga telah berjaya menganjurkan pameran antarabangsa di China, India, Pakistan, Taiwan dan yang terbaru di Hong Kong bersempena dengan Art Basel Hong Kong 13.

Broga Hill, 92 X 163 cm, Acrylic on canvas, 2013

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.