Nelissa Hilman Di Malaysia tidak ramai melibatkan diri dalam bidang rekaan kasut. Pandangan anda tentang perkara ini?

Meninggalkan bidang kejuruteraan yang dipilih pada awalnya membawa dia terbang jauh menuntut ilmu ke Itali bagi meneruskan minat baru. Nelissa Hilman mendengar kata hatinya untuk membina empayar sendiri dalam bidang rekaan kasut.

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

Melihat perkembangan fesyen tempatan, kebanyakannya terlalu tertumpu pada rekaan pakaian dan tidak ramai yang mahu mencuba nasib dalam bidang rekaan kasut. Personaliti yang menghiasi wajah Inspirasi kali ini hadir dalam ilham berbeza. Dia singgah ke studio kami merakam potret kejayaannya dalam memberi variasi buat industri fesyen tempatan.

Minat bermula

Boleh dikatakan saya seorang yang cukup obses dengan kasut juga aksesori dan bagaimana ia mampu memberi satu daya tarikan pada setiap wanita. Setelah berkhidmat beberapa tahun dalam bidang korporat kejuruteraan saya tinggalkan kerjaya tersebut demi menyempurnakan minat yang ada. Di Polimoda International Institue of Fashion saya belajar selok-belok proses pembuatan kasut dan saya berasa cukup bertuah kerana di sana saya ditemukan dengan ramai orang yang memberi inspirasi untuk saya teruskan minat dalam bidang ini.

pa yang ditawarkan jenama ini?

Saya sifatkan jenama ini menawarkan rekaan kasut kontemporari yang direka khusus untuk wanita moden dan sofistikated. Visi pada setiap rekaan bertunjang pada struktur yang baik, material dan proses pembuatan yang halus berseni.

Di mana anda lihat kelebihan jenama ini?

Saya percaya asas rekaan yang baik harus beriring ketelusan dan keindahan di sebaliknya. Pemilihan material yang tepat serta hasil kerja tangan yang berkualiti sentiasa menjadi keutamaan pada setiap produk yang dihasilkan. It is important the inside of the shoe looks good as the outside!

Single sole, prototaip yang ada dijadikan sampel untuk melihat apa yang boleh diperbaiki. Dan hanya selepas itu tempahan diambil dan proses produksi bermula.

Sebetulnya industri pembuatan kasut bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, malah sebelum kedatangan orang Cina ke sini kita banyak mengeksport kasut buatan negara ke luar. Cuma sekarang situasinya berbeza, semakin banyak pemodenan dilakukan dan sedikit demi sedikit pembikinan kasut tradisi tempatan berkurangan. Dan atas alasan ini jugalah saya mahu meneruskan legasi pembuatan kasut tempatan ke peringkat lebih tinggi. Malah Januari lalu kami melibatkan diri dalam program Who’s Next Paris – Premiere Calsse sebagai batu loncatan untuk lebih dikenali.

Penting atau tidak untuk rekaan kasut mengikut trend semasa atau cukup sekadar asas rekaan semata?

Landskap fesyen bagi saya sentiasa berubah-ubah, ia bergantung pada musim juga kehendak pasaran. Pada pandangan saya setiap koleksi harus punya keseimbangan dalam rekaan dan sebagai pereka penting untuk kami memahami keperluan trend dan cara terbaik mengaplikasikan pada setiap rekaaan. Bagi jenama ini setiap produk dihasilkan buat wanita yang mahu mencipta identiti mereka sendiri.

Inspirasi anda dalam berkarya?

Fesyen, individu, seni dan kembara menjadi elemen utama untuk mendapatkan inspirasi. Saya sentiasa mahukan rekaan yang dibuat berkait rapat dengan kehidupan yang juga memberi definisi keselesaan yang sebenar.

Pereka Yang Sentiasa Anda Look Forward?

Kirkwood

Alexander Wang dan Nicholas

Sejauh mana anda melihat jenama ini mampu bertahan?

Sekadar memetik kata-kata Salvatore Ferragamo – “The strength of my name is in each pair of shoe I offer. My shoe must satisfy the people for whom they are design. If customer happy they will tell others” dan berpegang pada kata-kata ini saya sentiasa mahu melihat fasa kerja yang saya lakukan hari ini mampu membuatkan saya mahu berkerja lebih keras sekali gus mengukuhkan jenama ini ke peringkat lebih tinggi.

Nasihat Buat Mereka Yang Mahu Mencuba Nasib Dalam Bidang Ini?

Setiap pereka harus ada sense of aesthetic yang kuat. Perlu punya penglihatan yang tajam akan setiap perincian, keseimbangan dan juga proportion. Cari ramai kenalan dalam industri dan belajar dari bawah. Namun apa yang paling penting adalah be your customer’s best friend!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.