Obsesi Oh Obsesi!

SETIAP ORANG PUNYA OBSESI MASING-MASING, KUMPUL BEG, KUMPUL KASUT MALAH ADA YANG KUMPUL KERETA. ANDA?

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

Wow, betapa cepatnya masa berlalu! Pejam celik, pejam celik, Januari 2013 sudah lama kita tinggalkan. Sebagai wanita bekerjaya, saya terkesima seketika melihat kalendar yang tergantung di depan mata. Hai wanita, mari kita bersantai-santai sambil membentang rasa fikir.

Nak tulis apa, oh.. there are so much things to say about everything. Maknanya, kolum ini takkan muat untuk ceritera itu dan ini. Betul, sebagai wanita, perempuan, a lady atau apa saja gelarannya, pasti banyak ceritera hangat. Seperti kata suami saya, berita kawan kentut dalam ofis pun boleh jadi cerita hangat buat wanita.

Saya bukanlah sang penglipur lara jauh sekali dewi fesyenista. I’m just a plain human being. Sederhana but can be loud macam speaker atas lori jual surat khabar lama. Kelakarnya, saya dianggap sebagai tempat penyelesaian masalah ataupun tempat rujukan rakan-rakan sekeliling. Berada di ceruk pedalaman sebuah negeri Pantai Timur tidak mengapa buat saya. Zaman universiti dahulu, saya sudah biasa merewang-rewang (ukur jalan kata orang tua) di Kuala Lumpur. Mula-mula posting pun di Kuala Lumpur. Mujurlah dapat kembali ke negeri sendiri selepas setahun bermastautin di sana. Bila pulang ke sini, kegilaan saya pada beg dan kasut masih belum terpadam. So, let’s talk about craving. Mengidam, bukan mengidam kerana hamil ya.

Mulanya dengan kegilaan beg tangan. Jangan tak tahu, semua wanita gilakan tas tangan. Betulkan? Tidak kira apa jenamanya, hati dag, dig, dug bila melihat koleksi terbaru. Setahun, ada tiga kali saya membuat pesanan online, maklumlah zaman siber begini, mahu apa tekan ENTER sahaja. Bila saja sampai, ramai kawan-kawan yang terus terkam. Menggeleng kepala mereka melihat obsesi saya. Katanya buang duit. Ramai rakanrakan sekerja saya tidak bersetuju dengan sifat saya yang suka membeli tas tangan berjenama (bukannya LV atau Hermes pun, sekadar Coach dan Michael Kors). Jangan salah faham, I’m a working woman, apa saja saya mahu, saya beli dengan duit sendiri. Tidak pernah saya usik duit suami. Barang saya, saya yang bayar. Ada kawan-kawan yang ketawakan saya, stupid katanya. Dah namanya suami, kasilah dia bayar. Look dear, saya bersuamikan dia bukan untuk dijadikan hamba. Mahu beli apa-apa (walaupun duit saya sendiri), saya akan pastikan saya mohon izinnya dahulu. Dia tidak pernah mengatakan tidak, kecuali sekali-sekala apabila dia tahu saya sudah buntang mata di kedai maya mahupun kedai nyata. Dia sudah banyak tanggungjawab, membayar itu dan ini. Pada saya, sebagai isteri kita patut ada toleransi.

Seorang sahabat saya pula sangat tidak betah apabila ada kain sutera baru. Kalau ada corak baru, dialah yang terawal membeli dan memakainya. Anda semua patut lihat dia berhias diri. Jarang sekali dia memakai baju yang sama. Baju kurung ataupun kebaya pasti dipotong cantik dan terletak di badannya. Sungguh, saya sendiri asyik melihat dia. Lovely, sweet dan diva. Dia tidak segan menghulur satu ribu ringgit sebulan untuk pakaiannya. Puas katanya dapat bercantik-cantik. Well done, my friend. Saya? Oh, maaf! Kalau lihat saya, pasti geleng kepala. Saya suka cari kain pasang yang simple. Kata adik saya, langsung tidak kena dengan tas tangan yang berjenama. Lantaklah, yang penting hati gembira. Tapi habis waktu kerja, saya pastikan jean Levi’s dan Gap sebagai pakaian utama. T-shirt saya belasah dari kedai bundle sahaja. Mix and match, dear. Kalau gaji 15k satu bulan, bolehlah mahu pakai berjenama dari hujung shawl sampai hujung kasut. Sudah tahu bajet ‘ciput’, pandai-pandailah padankan yang mahal dengan yang murah.

Move on to another person. She’s my senior at the office, and she loves shoes so much. Sungguh, dia punya pelbagai kasut yang wow…sangat cantik dan pelbagai

warna. Kalau baju kurungnya biru, kasutnya pasti juga biru. Kalau merah, rona sama juga pada kasutnya itu. Saya tabik pada dia kerana tidak kisah dengan umpat tawa yang lain. Lama-kelamaan, yang lain pun terikut-ikut tabiatnya. Don’t get me wrong ya readers, kasutnya bukan yang mahal kesemuanya. Dari RM19.90 hinggalah yang mencecah ratusan ringgit. Pesannya pada

saya, don’t worry about others, they have their own obsessions.

Ini satu lagi, my other friend’s craving. Dia punya obsesi dan mengidam memang lain macam. Kalau kita rasa tas tangan, baju mahupun kasut itu sudah tinggi nilainya, dia gilakan kereta. Nah, ini baru obsesi yang luar biasa. Dalam hampir 10 tahun saya kenal dia, dia sudah bertukar kereta enam kali. Kereta terbarunya? Suzuki Kizashi. Kereta pertamanya, Proton Satria. Selepas itu, MyVi. Kemudiannya, Honda Civic. Bosan, dia bertukar kepada Toyota Vios. Seterusnya, Honda City. Siapa dia? Juga wanita bekerjaya, but as a senior engineer. Masih belum berkahwin walaupun sudah tahap terlebih ranum. Dia tak bimbang. Rumah sudah ada, kerja mewah. Sekali-sekala dia membebel pada saya yang dulunya pakai Wira SE. Baru awal tahun ini sahaja bertukar pada Grand Livina (setelah pakai Wira tu hampir 10 tahun). Itupun setelah 10 kali ulang alik pergi kedai kereta. Kalau tidak kerana dua anak dara sunti saya makin membesar, saya mungkin tidak membelinya.

Finally, abang ipar saya (maaf bang kalau terbaca). Dia pengarah urusan di sebuah syarikat minyak. Dia paling suka bawa keluarganya melancong. Habis satu benua dijelajahnya. Namun yang paling saya respect, dia dah tunaikan haji dan umrah beberapa kali dengan familinya. Walau sudah sampai Paris mahupun Jepun, dia tak lupa tunaikan tanggungjawabnya yang lain. Bukan apa, ada antara kita yang duit bertimbun, satu dunia dah jejak, tapi bila tanya bila nak pergi umrah atau haji, senyum macam kambing. Saya setakat dalam Malaysia, setiap minggu pergi vacation. Minggu lepas, masak nasi siap-siap, bawa tikar dan ais, pergi pantai. Bila pakcik dan abang-abang nelayan naik dari laut, terus beli seafood segar dari mereka, kemudian barbeku. Jadi, apa yang nak saya ‘ribbon’kan kat sini (simpul dah macam ayat karangan budak sekolah) biar apa idaman, obsesi atau kegilaan kita, jangan sampai melebihi kemampuan. Cari alternatif terbaik. Kita hidup dalam dunia yang serba-serbi duit. Nak pergi tandas awam pun duit, keluar rumah pun duit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.