MATHNI

semakin mencuri fesyen tempatan

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

Dunia peragaan tempatan tidak banyak mengetengahkan wajah-wajah lokal terutama peragawan lelaki. Namun itu bukan alasan jejaka kelahiran Kota Bharu ini berhenti mencuba nasib dalam bidang ini. Ahmad Mathni Abdul Razak hadir dengan rupa dan sosok yang membolehkan dia melangkah lebih jauh dalam bidang ini. mendekati personaliti dan impiannya dalam bidang ini. BAGAIMANA MINAT DUNIA PERAGAAN BERMULA? Minat sebetulnya sudah lama ada tapi perjalanan sebenar bermula ketika saya memasuki salah satu pertandingan pencarian lelaki oleh media tempatan. SEJAUH MANA FESYEN MEMPENGARUHI GAYA HIDUP ANDA? Saya tidaklah terlalu taasub dengan fesyen sehingga mampu mempengaruhi gaya hidup seharian. Cukup sekadar aplikasikan apa yang termampu. PERKARA YANG ANDA TITIK BERATKAN DALAM BERGAYA Harus sentiasa bijak menyesuaikan keadaan dengan tempat dan penting untuk saya meletakkan kebersihan sebagai perkara paling utama dalam bergaya.

TREND YANG TIDAK AKAN DIGAYAKAN Gaya K-Pop kurang menarik minat saya.

SELAIN PERAGAAN? Saya masih lagi menuntut dalam jurusan perniagaan. SEJAUH MANA ANDA INGIN PERGI DALAM BIDANG INI? Ingin meletakkan diri sebaris model tempatan berpengalaman yang lain dan jika boleh tentu saja mahu ke peringkat antarabangsa.

LABEL FKEGEMARAN? Saya sukakan

koleksi Dior Homme. ANDA TIDAK AKAN KELUAR RUMAH TANPA? Jean yang sempurna. JIKA ADA SATU PERKARA YANG ANDA INGIN UBAH TENTANG PENAMPILAN ANDA? Tidak ada yang spesifik cuma bergantung pada trend semasa.

IKON? Saya suka melihat cara model kelahiran Jerman, Lars Burmeister beraksi di depan kamera. He’s cool.

Nurul Alias TEKS, PENYELARAS & PENATA GAYA ARAHAN SENI GAMBAR GROOMING PAKAIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.