MISTERI ‘MISOGINIS’

Antara tiada kepercayaan atau kerana dendam yang menjadi benci. Lelaki misogini penuh misteri!

EH (Malaysia) - - Dunia Lelaki -

Jika merujuk pada Kamus Dewan Edisi Keempat, misoginis membawa maksud ‘lelaki yang benci terhadap wanita’. Namun tidak adil untuk kita menilai kelompok lelaki begini melalui maksud dasarnya kerana ada sebab mengapa mereka menjadi begini. merungkai siapa misoginis.

Nicholas D. Kristof menerusi artikel Misogynist VS. Sexism di New York Times menyatakan misoginis merupakan permasalahan psikologi yang sama seperti feminis, rasialis dan lain-lain. Lelaki dalam kelompok ini sebetulnya tidak membenci wanita secara rambang. Contoh situasi yang boleh diberi adalah – Mereka akan menjadi seorang yang cukup peramah, baik hati dan full of charm dengan wanita yang tidak terikat dengan hidup mereka. Namun bila seseorang wanita itu terikat sama ada sebagai kekasih atau isteri, lelaki misogini akan menjadi agresif, terlalu mengongkong dan mampu bertindak kasar terhadap pasangan mereka.

Ibarat perang dalam diri sendiri, seorang penulis sosial, Steve Mulford dalam artikelnya menambah lelaki misogini akan menjadi lebih agresif ketika berada dalam keadaan tertekan. Mereka mudah untuk menyalahkan pasangan biarpun tekanan yang dihadapi bukanlah berpunca daripada pasangan mereka. Ketika ini simpati, menjadi perihal terakhir dalam membuat penilaian.

SIAPA MISOGINIS? Ada beberapa tanda utama yang boleh dikenalpasti akan siapa sebenarnya misoginis. Antaranya: 1 MANIS MULUT Pada awal fasa perkenalan sesuatu perhubungan kelompok ini akan menjadi lelaki cukup menyenangkan. Peri laku mereka mudah menambat hati wanita dan jatuh hati. Namun itu hanya dasar menjerat mangsa untuk dijadikan bahan ketawa, melepas amarah dan menunjukkan kuasa. Lebih pelik kebanyakan wanita yang terjerat dengan lelaki misogini mampu bertahan atas dasar sayang dan kasihan. 2 THE CONTROL FREAK Lelaki dalam kelompok ini suka memonopoli situasi terutama dalam perhubungan. Mereka mahu sentiasa didengar dan menjadi keutamaan dalam apa jua hal. Jangan sesekali berkata tidak pada apa yang mereka suarakan pasti pasangan akan dipersalahkan atau lebih teruk akan dihina. Dalam satu artikel bertajuk The Twisted Mind of the Misogynist menyatakan kelompok lelaki ini pada tahap kronik mempunyai potensi untuk melakukan kekerasan seperti memukul dan merogol.

3 BUDAYA POP Budaya pop tidak ketinggalan dikaitkan dengan perkembangan lelaki misogini. Robin Thicke dalam single terbarunya Blurred Lines bersama Pharrell dihentam kerana merendahkan martabat wanita. Antara bait yang menjadi kritikan ramai feminis adalah “What do they make dreams for, When you got them jeans on, What do we need steam for, You the hottest bitch in

this place”. Thicke dalam temubual bersama New York Daily News turut menyatakan lagu ini adalah tentang wanita yang terlalu mahukan hubungan seks hangat tetapi malu untuk mengakuinya. Dan kerana pernyataan ini Thicke dihentam dan digelar misoginis.

“Hollywood semakin dipenuhi seksis dan misoginis. Semua filem mengangkat lelaki dan menunjukkan betapa berkuasanya mereka” - Hallen Mirren mengkritik penerbit filem Hollywood yang semakin galak membikin filem berbentuk

super hero.

4 COMPETITIVE Misoginis merupakan golongan yang berdaya saing. Mereka tidak akan berputus asa dalam membuktikan bahawa mereka betul dan mampu melakukan apa jua perkara. Tiada definisi mengalah dalam diri mereka. Setiap pesaing akan dianggap musuh dan mereka tidak akan sesekali mengaku kalah dengan wanita. Jika hal tersebut berlaku pasangan akan menjadi mangsa.

5 BERDENDAM Mereka boleh menerima kritikan daripada orang luar. Sekalipun suara yang menyatakan kritikan tersebut amat menyakitkan dan memberi tekanan, misoginis tidak melepaskan apa yang dirasa pada mereka tetapi akan melepaskan tekanan yang ada pada pasangan. Hal begini menurut Susan Kraykowski dilabel sebagai dendam. Jika kritikan yang diberikan pada mereka adalah daripada kaum Hawa, kebencian terhadap wanita akan lebih mendalam dan berkemungkinan akan menjadi perihal yang bersifat keganasan.

Robin Thicke dalam single terbarunya Blurred Lines bersama Pharrell

The Wolverine

Man of Steel

Hallen Mirren

The Dark Knight Rises

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.