CAREY MULLIGAN

Ibarat permata yang akan terus mewakili gemilang Hollywood, Carey Mulligan menyinar dengan personaliti beriring bakat yang cukup tersendiri.

EH (Malaysia) - - Selebriti -

Dilahirkan di Westminster, London Carey Mulligan dibesarkan dalam keluarga sederhana bersama abangnya, Owain. Bakat lakonannya dikesan sejak di bangku sekolah lagi dan meneruskan minat tersebut sehingga tamat persekolahan biarpun mendapat tentangan daripada keluarga. Akan kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan juga, Carey juga pernah mengutus surat kepada pengarah, Kanneth Branagh meminta pandangan peribadi sama ada dia harus meneruskan karier dalam bidang lakonan atau sebaliknya dan dibalas dengan pesan yang mendorongnya meneruskan minat dalam bidang ini.

Perjalanan Seni

Bukan mudah untuk Mulligan melayakkan diri memasuki sekolah lakonan secara profesional sehinggalah dia menghadirkan diri ke uji bakat bagi watak Kitty Bennet dalam filem Pride & Prejudice (2005). Bermula dari situ momentum kerjayanya mula meningkat apabila Hollywood membuka mata akan bakatnya. Tawaran

“Lakonan bukan tentang apa yang saya rasa tetapi apa yang penonton akan rasa.”

demi tawaran diterima sehinggalah watak Jenny Mellor yang didukungnya bagi filem An Education meletakkan dia sebagai pelapis aktres Hollywood yang ada. Menerusi filem tersebut juga Mulligan mendapat pencalonan Oscar, Golden Globe dan memenangi anugerah Aktres Terbaik di festival filem British, BAFTA.

Gemilang kerjayanya berterusan dengan beberapa lagi judul blokbuster seperti Public Enemies, Brothers, Wall Street: Money Never Sleeps dan Never Let Me Go. Kematangan dalam lakonan terus diuji dengan watak-watak berat menerusi filem Shame lakonan bersama Michael Fassbender dan Drive yang turut mendapat pencalonan Festival Filem Cannes bersama Ryan Gosling. Tahun 2013 turut menyaksikan dia beroleh kepercayaan pengarah tersohor Baz Luhrmann untuk merealisasikan watak Daisy dalam karya klasik The Great Gatsby.

FLAUNT

(2013) VOGUE US

(2013)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.