ANUGERAH ARKITEK MUDA MALAYSIA
Buat tahun kedua NS BlueScoop Lysaght menganjurkan Anugerah Arkitek Muda Malaysia bagi mengiktiraf bakat muda dalam bidang seni bina di Malaysia. Menawarkan hadiah utama bernilai RM26,000, NS BlueScoop mengharapkan penyertaan tahun ini akan memberi impak buat industri seni bina agar dapat menghasilkan pelapis yang imaginatif, artistik dan penuh aspirasi. Penyertaan dibuka bermula 4 Julai hingga 4 September 2013.