HELO FESYENISTA!

Habis diselongkar satu almari, namun masih tidak berjumpa look sesuai untuk keluar hari ini. Usah gusar, mari jengah apa kata bintangmu. Mungkin bergaya mengikut perspektif horoskop bisa beri idea untuk anda kelihatan hebat.

EH (Malaysia) - - Horoskop -

ARIES

Setelah sekian lama berpaksi pada gaya fesyen yang sama, mengapa tidak mahu ubah pada gaya baru? Jadi berani untuk bereksperimen. Anda sukakan gaya naif dan sederhana, tetapi cuba padankan dengan gaya rambut pendek baru ala Miley Cyrus. Tonjolkan sedikit sisi tegas dalam gaya gadis baik yang anda bawa.

TAURUS

Golongan yang sangat teliti dalam kualiti dan bukan kuantiti. Anda gemar sesuatu yang tahan lama, termasuk gaya yang tidak lapuk dek masa. Justeru itu, anda tertarik dengan rona semula jadi yang mudah disuai padan. Skirt lilit dilihat sebagai koleksi wajib. Jangan pula hanya berpenampilan polos dengan rona semula jadi. Apa kata anda tambah aksesori yang mempunyai rekaan unik dan berpotongan dempak pada setiap penampilan, pasti menarik!

GEMINI

Keazaman dan komitmen yang anda tunjuk dalam setiap perubahan sangat memberangsangkan. Sama juga dengan perubahan fesyen yang anda lakukan di pertengahan tahun ini. Terlalu banyak dugaan dalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi menyebabkan anda stres. Nah, kasut baji dengan rekaan unik pasti membuatkan anda puas hati dan memberi semangat baru dalam bergaya.

CANCERAntara

kesemua zodiak, anda adalah pencetus trend. Anda dianugerahkan dengan sifat kepimpinan dan suka menjadi yang pertama. Justeru, rona terang seperti hijau lemon menjadi pilihan. Tidak semestinya rona itu untuk pakaian atau celana, aksesori dempak rona terang juga dapat mencuri perhatian dalam terma yang lebih eksklusif.

LEO

Tekanan kerja dan jerih payah dalam kerjaya sudah berlalu. Anda kini menikmati hasil daripada kesusahan yang dilalui untuk berjaya. Tampil lebih relaks dengan gaya lama ala 60-an. Skirt kembang paras lutut dan kemeja rona pastel dipadan bersama

pumps adalah pilihan paling tepat. Sementelah gaya vintaj sememangnya mewarnai dunia gaya jalanan 2013 dan 2014.

LIBRA

Hampir menginjak ke hujung tahun ini menyaksikan diri anda yang lebih tenang dan bahagia berbanding saat genting di awal tahun dek pelbagai tekanan hidup. Kerana itu, cara pemakaian anda juga melambangkan kebebasan. Sedikit sentuhan gaya maskulin terlihat jelas dalam gaya anda seperti seluar pendek, penggunaan skarf secara kreatif dan juga jaket longgar.

SCORPIO

Anda menggemari sesuatu yang unik, justeru teknik potongan dan fabrik bercorak menjadi koleksi mesti ada. Boleh juga tambah aksesori seperti beg kepit Kate Spade yang hadir dalam pelbagai rona, corak dan bentuk. Sifat teliti anda itu juga terlihat jelas dalam pemilihan fabrik yang berkualiti.

SAGITARIUS

Sifat etnik yang ada dalam diri menjadikan anda lebih menjurus kepada rekaan corak, fabrik serta rona berkaitan gaya Maghribi, India, Afrika dan Arab. Skirt tribal dipadan dengan kemeja-T putih polos dan rantai jurai pendek kelihatan hebat ketika anda keluar bersantai.

CAPRICORN

Ruang pergaulan anda yang lebih luas menjadikan anda matang dalam gaya dan arus fesyen terkini. Tuntutan kerja yang sering berjumpa pelanggan memerlukan anda untuk menukar gaya dengan lebih kerap. Motif garisan, jalur serta apa-apa yang berkaitan grafik menjadikan penampilan anda lebih sofistikated.

AQUARIUS

Seperti Libra, gaya kelelakian diserap masuk ke dalam ruang almari pakaian anda dan diolah unik untuk kelihatan cantik. Kreatif dan unik dalam gaya tersendiri, anda tidak suka mengikuti arus fesyen. Beri apa juga busana, pelik

mahupun tidak, anda bisa gayakan dengan hebat di khalayak ramai. Aksesori topi atau klip dan skarf rambut unik menjadikan anda si fashionista of the year!

PISCES

Pemilihan gaya dan busana bergantung pada emosi anda seharian. Putaran dunia menunjukkan golongan Pisces sedang enak dilamun cinta, lalu ia memberi impak kepada pemakaian anda yang mana rona lembut dan pastel serta pemilihan fabrik seperti les dan sifon yang mengelus lembut kulit mendatangkan damai dalam diri. Padankan dengan

pumps putih serta anting-anting mutiara rona sama ketika keluar bertemu si dia.

Cameron Diaz berbintang Virgo lahir pada 30 Ogos 1972.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.