YUKI KATSUTA, KETUA PENYELIDIKAN & REKAAN, UNIQLO CO., LTD

EH (Malaysia) - - Wawancara -

BAGAIMANA BOLEH TERCETUSNYA LIFE WEAR?

Kami meletakkan kategori dalam setiap produk dan mengangkat elemen alam semula jadi yang sejajar dengan konsep LifeWear. Setiap koleksi memberi maksud yang lebih menyeluruh bersesuaian dengan konsep ini. Tadashi Yanai (Pemilik dan Presiden Fast Retailing) juga pernah menyusulkan kepada kami, LifeWear perlu menjadi kategori baru dalam gaya hidup. Oleh itu, setiap projek perlu lebih fokus supaya fungsi setiap produk mudah difahami. Hari ini kami menampilkan 12 projek berbeza, tetapi pabila anda naik ke bahagian pentas dan melihatnya dari atas, anda dapat lihat bahawa Uniqlo adalah universe.

ANDA MEMPUNYAI SEBARANG RUJUKAN PERSONALITI YANG SPESIFIK?

Kami tidak mempunyai rujukan personaliti yang spesifik. Bagi Uniqlo yang mengetengahkan “Made for All’ perlu memberi inspirasi untuk semua pemakai dalam pelbagai gaya. Mereka datang dari pelbagai negara yang mempunyai iklim dan budaya yang berbeza jadi kami perlu bijak dengan mempelbagaikan teknologi dalam helaian kami seperti Airsm, Heattech dan sebagainya.

CERITAKAN MENGENAI PENGGUNAAN SUTERA UNTUK MUSIM INI. BAGAIMANA BOLEH MENJUAL DENGAN HARGA YANG RENDAH?

Sutera adalah simbol kemewahan tetapi Uniqlo masih boleh menggunakan fabrik ini dan memberi keselesaan yang tinggi sekali gus memberi fungsi yang baik untuk LIfeWear. Penghasilan sutera mengambil masa yang sangat panjang, jadi kami perlu bijak merangka masa lebih awal supaya waktu yang digunakan dalam kuantiti yang banyak ini dapat dihasilkan. Justeru, jalinan hubungan baik dengan syarikat pengeluaran turut memberi tempias dalam penghasilan fabrik ini. Kami akan cuba mendapatkan harga yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, proses penghasilan sesuatu rekaan bukan sahaja bergantung pada material berharga rendah malah bergantung pada proses rekaan.

APAKAH PROSES REKAAN YANG DIMAKSUDKAN?

Contohnya, sebagai pereka biasanya kita teruja dengan perincian dan elemen rekaan yang mungkin boleh menambah kos. Tetapi kami akan mencuba mengurangkan design line tetapi masih mengekalkan siluet yang cantik dan dikehendaki. Seperi rekaan kocek flap, kegunaan utama adalah poketnya dan pabila kita ‘melupakan’ rekaan flap, ia boleh mengurangkan lima hingga enam saat proses pembuatan. Bayangkan enam didarab dengan satu juta, berapa banyak kos yang boleh dikurangkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.