NAOKI TAKIZAWA, PENGARAH REKAAN, UNIQLO CO. LTD.

EH (Malaysia) - - Wawancara -

APAKAH PADANAN TERBAIK LIFEWEAR?

Mereka boleh menyelaraskan helaian Uniqlo mengikut cita rasa tersendiri. Contohnya, kami sudah menyediakan 108 patung hari ini dengan rekaan yang ringkas tetapi, jika anda bijak menggayakannya anda akan dapat mentafsir gaya yang lebih baik.

TAMPAKNYA HELAIAN UNIQLO LEBIH TRENDY KINI. APA KOMEN ANDA?

Boleh dikatakan ya dan tidak. Ya, kerana kami menyuntik beberapa elemen dalam helaian ringkas kami seperti yang dilihat dalam projek Ultra Light Down, kami mengetengahkan cetakan wool yang merupakan signature musim ini. Selain itu kami menyediakan rangkaian helaian bercetak seperti genggang, baju panas bercetak dalam helaian asas tetapi menyuntik trend yang sangat minimum. Jawapan tidak pula kerana kami tidak mengikut trend semasa.

BAGAIMANA ANDA MEMILIH PEREKA UNTUK KOLABORASI?

Terkenal atau tidak bukanlah ukuran kolaborasi kami. Pereka yang dipilih perlu faham dan mahir dengan falsafah syarikat. Saya melakukan banyak pemerhatian sebelum berbincang kerana sebelum ini saya bekerja sebagai pembeli fesyen, jadi saya mahir menentukan siapa yang sesuai dan memahami Uniqlo. Contohnya 2006, Alexander Wang baru sahaja tamat pengajian di Parsons, saya dapat merasakan bahawa dia boleh bekerjasama dengan kami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.