MITOS VS. FAKTA

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

Ada beberapa fakta yang disalah anggap mengakibatkan mereka yang mengalami perubahan mood biasa turut dikaitkan dengan pesakit bipolar. Lihat senarai mitos dan fakta tentang bipolar:

MITOS

Individu yang mengalami masalah bipolar tidak memiliki kehidupan yang baik

Bipolar hanya memberi kesan kepada emosi individu

Individu yang mengalami masalah ini hanya bergantung kepada ubat doktor

Individu yang mengalami masalah ini berpotensi membahayakan orang sekeliling

FAKTA

Kebanyakan individu yang mengalami masalah ini sebetulnya adalah daripada golongan bekerjaya dan memiliki kehidupan yang hampir sempurna.

Bipolar juga memberi kesan sampingan terhadap memori, konsentrasi, selera makan, keyakinan diri dan keinginan seks.

Ubat yang diberi hanya asas kepada pemulihan mood seseorang. Apa yang lebih penting adalah cara mereka mengawal emosi itu sendiri dengan logik akal juga keseimbangan hidup.

Sebetulnya golongan ini tidak akan bertindak bahaya secara fizikal tetapi lebih kepada tindakan emosi dan mental yang membahayakan diri mereka sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.