FILEM DENGAN PERWATAKAN BIPOLAR

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

ETERNAL SUNSHINE AND THE SPOTLESS MIND

(2005) Watak Clementine lakonan Kate Winslet merupakan contoh Bipolar II Disorder. Dia bertemu Joel Barish dan jatuh cinta. Mereka melalui kehidupan seperti pasangan bercinta lain sehingga Clementine membuat keputusan untuk meninggalkan Joel dengan memadamkan segala memori yang ada antara dia dan Joel. SILVER LININGS PLAYBOOK (2012) Dalam satu babak dalam sebuah kafe, mood Tiffany tiba-tiba berubah daripada perbualan normal bersama Pat sehingga kepada fasa dia berkelakuan ekstrem dengan menjerit dan menuduh Pat cuba melakukan perihal yang tidak senonoh padanya. THE HOURS (2002) Filem ini membawa penonton kepada kisah tiga wanita pada era berbeza yang mengalami permasalahan yang sama iaitu konflik perasaan tentang kehidupan. Mrs. Dalloway berperang dengan emosinya dalam menghabiskan penulisan novel yang ditulis dengan gangguan mental yang dialaminya, yang akhirnya membuatkan dia terjebak dalam kancah membunuh diri sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.