“Agensi Curi Jodoh”

BHG 9: LIYA

EH (Malaysia) - - Tinta -

Nadia Khan seorang pengajar dalam bidang perubatan memiliki minat mendalam dalam bidang penulisan. Namanya mendapat perhatian penggemar Sastera Melayu Moden dengan debutnya Kelabu diikuti antologi cerpennya berjudul Cerpen yang kedua-duanya diterbit oleh Buku Fixi. Agensi Curi Jodoh merupakan tulisan khususnya buat pembaca

Besarnya rumah ni... Getus hati Liya ketika berdiri di hadapan rumah Khairy. Bayangkanlah kalau aku berjaya jadi menantu rumah ni – bestnya! Best kalau aku dapat duduk goyang kaki dan menikmatinya. Kalau aku yang nak kena kemas rumah ni, naya gak.

Setelah pintu pagar automatik dibuka, Liya melangkah masuk – dan terus nampak kolam renang! Makin teruja la Liya dibuatnya, tapi Liya ingatkan diri sendiri yang dia sepatutnya sedang demam sekarang. Jadi tidak boleh nak buat muka ceria sangat.

Orang gaji Puan Sri yang menyambut Liya di pintu terus membawanya ke dapur, kelihatan Puan Sri bertungkus-lumus memasak. Gila la Puan Sri ni...dok bersilat kat dapur pun boleh nampak elegan lagi.

“Assalamualaikum, Puan Sri,” Liya menegur.

“Waalai... ya Allah, Liya! Kenapa ni? Tak sihat ke?” Belum apa-apa, Puan Sri dah perasan muka Liya yang tidak berapa nak sihat (kononnya) tu. “Demam sikit je, Puan Sri,” kata Liya. “Eh, takkanlah nak tolong aunty kat dapur dalam keadaan tidak sihat macam ni? Liya rehat jelah kat ruang tamu.”

Uik? Dah bahasakan diri ‘aunty’? Ini petanda baik! Dalam hati Liya dah berbungabunga memikirkan sesi renang yang bakal dibuat sebagai rutin setiap pagi bila jadi penghuni rumah ni. Amboi!

“Tak apa, aunty. Sikit je ni. Kesian aunty nak kena masak sorang-sorang. Biarlah saya tolong,” Liya tetap berkeras.

Jelas kelihatan yang Puan Sri tu nampak betul-betul terharu dengan perbuatan Liya – semuanya terima kasih kepada tip lakonan yang diajarkan Erin. Haih, nasib baiklah ada Erin, bisik hati Liya. Tanpa mengetahui yang Erin hampir ada rancangan lain pagi itu. Beberapa jam sebelum itu... Sambil Erin meletakkan ‘mekap demam’ tu ke atas muka Liya, Liya berkata, “Hey...

thanks tau, Erin. Untuk semua ni. You don’t know how much this means to me.”

Terlepas keluhan kecil dari mulut Erin. Tak disengajakan sebenarnya.

Liya senyum. “I tahu. You sebenarnya tidak

suka perempuan macam I kan?”

“Eh! Mana ada! I tak cakap macam tu pun...”

“I tahulah, Erin. You ni jenis orang yang

percayakan cinta. Dan you rasa orang

macam I, yang cari pakwe kaya ni... shallow,

right?”

Erin terdiam. Nak nafikan kang, macam

menipu sangat pulak. “Bukan macam tu. Cuma... I tak rasa pakwe kaya tu satu kemestian. Tu je.”

Liya mengangguk sedikit. “You dibesarkan dalam rumah serba ada. I faham kalau you tak rasa duit tu satu keperluan. But remember, Erin... money only becomes a problem when you don’t have it.”

“Tapi you bukannya dibesarkan dalam keluarga susah pun, Liya...” “True. I’m from a middle-class family. Silapnya ialah mak bapak I hantar I pegi kelas-kelas yang ramai anak orang kaya. Kelas piano, kelas berenang. Dia orang tidak mampu, tapi hantar juga. Tak nak kalah,” cerita Liya. “Bagus kan macam tu...” “Bagus. Tapi I bergaul dengan anak-anak orang kaya, yang ada jauh lebih banyak benda daripada I. And kids can be mean.

You takkan percaya apa yang kawankawan I cakap bila driver dia orang datang ambil pakai Mercedes, dan abah I datang pakai Proton Saga,” sambung Liya.

“Those are just things, Liya. Yang penting you dapat kasih sayang mak bapak you.” Liya senyum, kali ni sedikit pahit. “Orang cakap, budak mula ada personaliti sekitar umur tiga hingga lima tahun... tapi mula kisah pasal nilai-nilai moral ni semua sekitar umur lapan tahun. Masa tu, kita lebih banyak berada di sekolah daripada di rumah. Dikelilingi kawan-kawan. You rasa, mana yang lebih beri impak pada I? Komen kawan-kawan, atau kasih sayang mak bapak?”

Erin ketawa kecil. Sinis bunyinya. “Kira ni mainan psikologi la?”

“Mungkin,” balas Liya. “Plus, my dad molested me when I was a child anyway.”

Erin tergamam. Cara Liya cakap benda tu dengan gaya acuh tak acuh, macam dia tak serius. Tapi bila Erin betul-betul tenung muka Liya, dia tahu yang Liya betul-betul maksudkan benda tu.

Liya bagi senyum tampal kat Erin. “Jadi tak boleh la nak cakap pasal kasih sayang

mak bapak dengan I.” “I’m sorry. I really didn’t...”

“Jangan risau. I tak perlukan simpati sesiapa. I’m very objective-oriented. Explains my pursuit of Khairy, kan?” “Tapi, Liya... apa yang kekayaan boleh

bagi kat you?” “Security. Bukan untuk I. Untuk anak

anak I. Supaya dia orang tak diperlekehkan

bila pergi sekolah, macam I,” balas Liya.

Kalau Khairy tu jenis macam bapak kau, macamana pulak? Nak jugak Erin tanya macam tu. Tapi dia diamkan je. Dia belum cukup mengenali Liya untuk tahu soalan tu terlalu sensitif ke tak, walaupun Liya nampak macam selamba je cakap pasal bapak dia tadi. Tapi hati di dalam, siapa yang tahu... Sebab tu, Erin tak jadi sabotaj Liya. Dia ajarkan segala tip lakonan dan tip mengambil hati mak mentua untuk Liya pikat mak Khairy hari tu.

Hari tu juga, Erin buat keputusan untuk luahkan isi hatinya pada Ben. Sebab hati di dalam, siapa yang tahu. Tapi Ben perlu tahu.

Ben tak tahu kenapa dia terpanggil untuk ke pejabat Julia hari tu. Mungkin sebab hari tu majlis ulang tahun mak ayah

boyfriend dia dan dia tak dijemput – dan ada kemungkinan Julia berada di pejabat. Tapi mungkin juga sebab Ben rasa terlebih rajin hari tu (ceh!).

Jangkaan Ben tepat – Julia memang berada di pejabat. Ben mengetuk pintu bilik bosnya.

“Hey! What are you doing here?” tanya Julia. Perasaan Ben je ke, atau memang Julia nampak betul-betul happy dengan kehadiran Ben?

“Me? What are you doing here on a Saturday?”

“I tak apa. I bos. Kalau you datang hari cuti, I kena bayar overtime,” Julia berseloroh.

Ben senyum. “Seriously, Ju... you buat apa kat sini?” Ju.. sejak bila aku panggil dia Ju? Takpelah, sedap gak bunyinya. “Kerja la, sayang,” balas Julia. Terasa seperti ada satu renjatan elektrik ke seluruh badan Ben bila dipanggil macam tu dek Julia. Walaupun dia tahu, tu sekadar panggilan manja yang tak membawa maksud apa-apa.

“Ada apa-apa yang boleh I tolong?” tanya Ben.

“Nah, it’s okay. I dah nak gi dah pun.” “Oh? Gi mana?” Ben menyesal pula tanya macam tu. Bunyi macam menyibuk pun ada gak. Tapi Ben tak dapat buang rasa ingin tahu. Mungkin last-minute Julia dijemput gak ke majlis ulang tahun mak ayah Khairy tu?

“Just...going off for a drive,” jawab Julia.

Ben terus dapat tangkap. “Something

wrong?”

“Kenapa you tanya macam tu?”

“Oh, takde. Cuma... I jenis kalau ada

masalah, suka drive sorang-sorang.

Ingatkan you jenis macam tu juga,” tebak Ben.

Julia merenung Ben seketika sambil senyum.

“Apasal you tengok I macam tu?” keluar soalan ikhlas dari Ben.

“Macam mana you boleh selalu baca fikiran I?” Aku... kena jawab ke soalan tu? Tapi Ben cuma mengangkat bahu sambil senyum. “So... does your misery need company?”

Julia memikirkan seketika tentang tawaran Ben tu. “Actually, that’s not a bad idea,” katanya. “Boyfriend you tak marah ke kalau I

temankan you?” “Boyfriend I tengah busy,” balas Julia ringkas.

Sesungguhnya setiap lelaki harus tahu – jangan sesekali jadi terlalu sibuk sehingga awek anda menangis di bahu lelaki lain.

Nescaya awek anda akan menjadi milik lelaki itu.

Erin mengumpul segala kekuatan yang ada dalam diri untuk menelefon Ben tengah hari tu.

Sementara Ben pula dalam kereta Julia, menuju ke satu tempat yang Julia cadangkan untuk makan tengah hari – sambil nak bercerita tentang masalahnya dengan Khairy, sekali gus membuka lebih ruang untuk Ben.

Dan Ben bertekad, kali ni dia takkan biarkan Julia terlepas macam tu je.

Ben terlihat nombor Erin tertera ketika telefonnya berdering. Demmit, hal kerja la ni. Nak jawab ke tak? Ben berdebat dalam hati. Jawab je lah. “Helo?” “Hey, Ben. Kau kat mana tu?” “You jenis suka makan... Oh, sorry. Didn’t

realize you’re on the phone,” suara Julia tiba-tiba menerjah ruang udara. “Siapa tu?” tanya Erin. Ben tak segera menjawab. “Kau dengan Julia ke?” “Haah,” jawab Ben, ringkas.

“I see. Kerja ke?” “Yup. Look, I’ll call you later, okay?” Ben menamatkan panggilan.

Julia memandang Ben. “Your ex?” “Haah,” jawab Ben tanpa pikir panjang. Tanpa tahu yang di hujung talian, Erin belum bersedia nak mengaku kalah. Dia pantas menaip SMS kepada Ben. “Rouk

nak jumpa pukul 2. Office. Urgent.” Sekali-sekala main kasar. Sekarang, Erin kena jumpa Rouk dan

buat-buat macam ada meeting. Harapharap perancangannya menjadi.

Harap-harap Ben tak terlalu berdegil untuk terus bersama Julia.

NADIA KHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.