WAJAH HARAPAN

EH (Malaysia) - - Selebriti -

KYOTO PROTOCOL

Saya awalnya biasa-biasa sahaja dengan kugiran ini, mungkin kerana pendekatan lagu berbahasa Inggeris yang dikendong buat saya mempertikaikan originality yang ada. Namun setelah menonton mereka di rancangan Versus musim kedua, saya berubah fikiran kerana mereka nyata hebat. Jika anda tidak pernah melihat persembahan live mereka saya cadangkan anda YouTube persembahan lagu Tak Mengapa yang pernah dipopularkan bintang pop yehyeh Datuk A. Rahman Hassan.

GO GERILA

Kugiran yang ditubuhkan khusus buat program Versus ini punya DNA muzik yang cukup tersendiri. Remake Biso Bonar daripada Hattan antara yang cukup promising dan debut mereka berjudul BlackBox hadir cukup eksperimental dengan pengaruh Brit pop dan indie.

SPACE GAMBUS EXPERIMENT

Mereka memberi sentuhan fusion instrumen gambus yang cukup hebat. Saya tidak pasti siapa sebenarnya mereka tetapi usaha yang dilakukan dalam memberi kelainan dengan bunyi-bunyian tradisi yang disuntik elemen fusion menghasilkan muzik cukup mempesona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.