Tiru Solekan

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

“Khir is my favourite makeup artist. Sebab itulah saya pilih dia untuk menyolek saya pada hari perkahwinan,” kata Lisa yang seronok pabila mengetahui Khir yang akan menyoleknya untuk penggambaran kali ini. Untuk solekan cover EH! bulan ini kami tampilkan Lisa dalam solekan polos, tiada warna pada mata, hanya bibir tampil lantang dalam rona merah menyala. Khir mencipta bibir mewah dengan sapuan pengilat bibir rona serupa. “Hanya Khir yang berjaya buat bibir saya menyerlah dengan rona merah, kerana selalunya saya tampak comot pabila bergincu rona ini,” ujar Lisa lagi. Untuk rambut Lisa pula, David dan Bibian memakaikan Lisa cemara potongan bob dengan gaya fringe pendek tergantung. Lisa tampak chic, berbeza dari selalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.