TIESTO CLUBLIFE KUALA LUMPUR

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Dia cukup ikonik dalam legasi muzik progressive trance yang mencipta nama sejak 1994. Khusus buat penggemarnya di Kuala Lumpur, Tiesto bakal menggegarkan Sepang International Circuit pada 5 Oktober ini bersama line-up lain seperti Danny Avila dari Sepanyol, DJ Tigerlily dari Australia dan hero lokal muzik progressive house, DJ Blink & Goldfish. Tiket mula dijual sejak Julai lalu dengan harga RM118, RM148, RM188 dan RM298. Sehingga artikel ini ditulis tiket early bird berharga RM118 telah pun habis dijual. Nyata DJ kelahiran Netherlands ini punya pengaruh tersendiri di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.