Lambang Ikonik

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Pada abad ke-19, raja dan keturunan aristokrat di Eropah mewujudkan tanda pada setiap barangan mereka dengan simbol monogram seperti tandatangan bermotifkan elegan, tanda kebesaran dan jata. Ini turut memberi inspirasi pada industri fesyen dalam mengukuhkan penjenamaan serta memberi simbol status moden, kontemporari dan malar segar. Bonia tidak terkecuali dalam melestarikan rekaan dengan perincian cetakan ini. Koleksi Monogram Bonia mempunyai penggemarnya yang tersendiri kerana setiap rekaan yang ditonjolkan adalah klasik. Rekaan ikonik ini juga boleh di dapati dalam variasi rekaan serta warna yang dapat memberikan sentuhan unik pada penampilan kasual sehingga formal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.