KOLEKSI GLAM & SOUL THOMAS SABO MERAIKAN KOLEKSI AKSESORI MINIMUM PADA REKAANNYA TETAPI TETAP BERJIWA MEWAH. PENGGUNAAN SIMBOL YANG OPTIMUM DAN TIDAK SARAT MENYEMPURNAKAN INSPIRASI PEREKA KOLEKSI PERHIASAN JENAMA INI.

EH (Malaysia) - - Stail -

Poppy Delevingne adalah model British yang dikenali dari rumah fesyen antarabangsa dan dia dianggap sebagai model yang beraspirasi tinggi dalam melebarkan karier peragaannya. Pemilihan Poppy sebagai wajah penghias kempen baru ini dianggap sebagai satu pilihan bijak bagi melengkapkan penggayaan sempurna pelbagai koleksi aksesori Thomas Sabo yang mewarnai musim luruh dan sejuk kali ini.

Abadikan rasa cinta melalui koleksi knot cinta yang tampil dalam perak dan emas ros. Koleksi rantai, cincin dan gelangnya menimbulkan karisma si pemakai dan makna simpulan cinta itu sendiri yang membawa simbol tuah dalam feng shui Cina.

Peribadi feminin wanita tambah anggun dan mempesona apabila menggayakan adunan halus koleksi cincinnya musim ini. Rekaan rantai yang menggunakan loket arabes loket berbentuk hati yang boleh dibuka dan tampil dalam rekaan unik tiga dimensi hati bersaiz mini. Justeru, statement ceria dilihat pada rekaan koleksi teddy dan reben yang membawa ciri-ciri menawan. Inspirasi boneka pula bersalut batu permata tampak ringkas namun menyerlah! Sensasi rekaan aksesori bermotifkan sayap serta bulu berbentuk bidadari menghidupkan personaliti anggun diselaraskan dalam rona perak, kuning dan saduran emas ros yang pastinya menghiasi setiap pakaian yang digayakan.

Aksesori yang mengaplikasikan salutan emas ros pada loket arabes tampil unik bersama kombinasi kuarza ros dan zirkonia yang mempesona. Kembali semula pada zaman 80-an, yang mana rekaan earcuffs telinga digaya indah melengkapkan sifat feminin si pemakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.