CERAH BERSERI

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Tahukah anda? Ton kulit yang sekata dan lembut boleh terganggu oleh ‘ colour noise’ yang disebabkan oleh parut kemerahan jerawat, lingkaran bawah mata coklat dan bayang- bayang liang pori hitam. Shiseido menganalisis masalah- masalah ini dan mendapati ia berkaitan hal sama iaitu warna. Masalah kulit ini sama ada tambahan warna merah, coklat atau hitam boleh mengganggu ton sekata kulit. Jika bukan kerana ‘ colour noise’ ini, kulit kelihatan berseri semula jadi. Teknologi cahaya terkini Shiseido mengurangkan gangguan ini agar kulit bersinar dengan sempurna. Ia fokus pada warna pelengkap, iaitu padanan warna yang terletak di hadapan satu sama lain di dalam roda warna. Mana-mana warna ini boleh dikurangkan dengan memadankan ia dengan cahaya dalam warna pelengkap. Padanan ini menghasilkan warna kulit sekata serta membolehkan kulit berseri tanpa halangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.