PAKAR SOLEKAN

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Musim ini Dick Page menghasilkan gaya solekan pentas peragaan yang berasaskan wajah semula jadi, dalam masa yang sama menguatkan solekan mata untuk menyerlahkan lagi penampilan. Kegemaran kami setakat ini? Solekan kontras dinamik di pentas peragaan Michael Kors. Berikut bagaimana Dick menghasilkan solekan ini.

Wajah kekal segar dengan sapuan Sheer and Perfect Foundation pada wajah. Kemudian, Dick memilih pembayang mata merah jambu Pale Shell (PK214) dan disapukan sepanjang tulang pipi untuk menyerlahkannya.

Untuk menghasilkan solekan mata, Dick menyapu Shimmering Cream Eye Color Caviar (BK912) di tengah-tengah kelopak mata, diikuti pembayang mata Pale Shell (PK214) pada hujung mata untuk gaya kontras. Diikuti pula dengan maskara sebagai sentuhan akhir.

Bibir merah jambu lembut menghasilkan kontras kepada mata yang dramatik. Dick menggabungkan Shimmering Cream Eye Color Pale Shell (PK214) dengan warna ros Perfect Rouge Fantasia (RS745) untuk melengkapkan solekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.