Anda Mahir

MAHIRKAN DIRI DENGAN GAYA SOLEKAN KLASIK AGAR BISA MENJADI PENYELAMAT KALA ANDA BUNTU MEMIKIRKAN CARA SOLEKAN YANG BERSESUAIAN.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Tampak mudah, namun tidak semua mahir melakukannya. Namun jika anda dapat menguasai cara aplikasi gaya tiga solekan klasik ini, anda tidak perlu risau lagi untuk bersiap ke sebarang majlis. Mungkin anda sudah tidak perlukan bantuan jurusolek lagi. Cat-Eye Ini adalah gaya solekan paling asas namun antara paling susah untuk diaplikasikan. Ramai yang merungut kerana mereka sukar mendapatkan gaya penggaris mata berekor yang tampak seimbang kiri dan kanan.

Cara paling mudah adalah dengan memilih menggunakan penggaris mata berbentuk gel. Anda boleh berhenti-henti kala melukis garisan, berbanding menggunakan jenis cecair. Caranya, mulakan garisan dari sudut dalam mata sehingga ¾ bahagian atas bulu mata. Kemudian mulakan garisan dari bahagian luar mata, yakni dari bahagian ekor dan tarik ke dalam dan menyambung kepada garisan awal yang anda buat tadi. Lakukan selalu agar anda mahir melakukannya. Practice makes perfect. Bibir Merah Bibir bersalut gincu merah (seperti gaya penghias muka depan EH! bulan ini) akan menghidupkan wajah. Namun ia boleh nampak comot jika sapuan tidak cermat dan teliti. Cara terbaik adalah dengan menyapunya menggunakan berus.

Mulakan dengan melukis bentuk bibir dengan penggaris bibir warna merah. Pilih warna merah yang sedikit terang atau sama dengan warna gincu merah anda. Kemudian mulakan sapuan gincu dari bahagian tengah, dan sapu dengan berhati-hati. Kemudian tekapkan dengan tisu dan sapukan gincu sekali lagi. Sediakan penyamar noda atau bedak asas serta putik kapas agar anda dapat menutup kesan comot gincu yang terkeluar dari bentuk bibir. Smokey Eyes Solekan mata berkabut akan disukai sampai bila-bila, sesuai dengan semua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.