KULIT KERING

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1

Gunakan pupur krim untuk kulit jenis ini. Sediakan teksturnya dalam keadaan sejuk atau pun suam, kedua-duanya memberi kesan yang efektif. Pupur jenis ini mampu melembap dan merawat kulit kering dan sensitif. Selain itu pupur dan lulur wajah yang memiliki formula dengan kemampuan menahan kelembapan air pada kulit, seperti asid hyaluronic dan gliserin adalah sesuai untuk kulit kering. Produk dengan kandungan Vitamin E dan minyak zaitun juga membantu menjaga kelembapan pada kulit. Namun anda perlu tahu, produk untuk wajah yang kering tidak boleh digunakan terlalu kerap, cukup sekadar seminggu sekali. 2

Untuk wajah dengan garis-garis halus memerlukan formula yang memiliki kandungan retinol, asid glycolic atau peptida yang membantu mengurangkan garis-garis halus atau kedutan. Mungkin dengan hanya pemakaian lulur dan pupur ini tidak akan terus menerus menghilangkan kedutan atau garis halus namun sekurangkurangnya kulit menjadi lebih anjal dan bahan-bahan tadi dapat membantu memperlahankan proses penuaan. Namun bahan seperti asid glycolic selalunya merengsakan kulit, jadi jangan gunakan terlalu kerap. Hindari penggunaan pada bahagian mata dan mulut. Produk jenis ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. 3

Kulit yang berjerawat selalunya disebabkan oleh bakteria yang membiak akibat pori-pori yang tersumbat. Oleh sebab itu, penyelesaian yang bijak adalah dengan menggunakan pupur pengelupasan bagi menyingkirkan bakteria dan minyak berlebihan. Pupur jenis ini mengandungi bahan seperti asid salicylic yang berfungsi sebagai bahan pengelupasan lantas membersihkan pori-pori. Formula dengan kandungan benzoyl peroxide dan sulfur pula membantu membunuh bakteria.

KULIT TUA

KULIT BERJERAWAT

Bagi mengelakkan kulit menjadi kering akibat bahan ini, cuba elakkan penggunaan yang kerap. Tetapkan hanya seminggu sekali dan fokuskan pada bahagian yang berjerawat seperti zon-T, hindari bahagian mata serta mulut. 4

Kulit wajah yang cerah lebih cenderung memiliki kulit yang sensitif. Untuk kulit jenis ini apa yang perlu adalah gunakan produk yang mengandungi bahan seperti lidah buaya, chamomile, timun atau teh hijau kerana ia mampu menghilangkan kemerahan kulit lantas melegakan kulit yang merengsa. Formula sulfur, licorice dan xanthine pula membantu menghilangkan garis-garis kapiler darah yang ketara di wajah. Mulai dengan mengaplikasikan seminggu sekali. Jika menunjukkan perubahan dan tiada alergi, maka boleh dikerapkan dua kali seminggu. Ia juga selamat digunakan di seluruh wajah. Untuk mencucinya cukup gunakan jari, jangan gunakan kain, agar kulit tidak merengsa. 5

Untuk kulit jenis ini pupur dan lulur buatan sendiri memang dijamin selamat kerana bahan yang digunakan semuanya bahan-bahan semula jadi. Antara bahan yang sering digunakan adalah seperti madu, susu, yogurt dan buahbuahan. Terdapat banyak resipi pupur dan lulur buatan sendiri, hanya pilih bahan yang mempunyai khasiat tertentu dan anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

KULIT SENSITIF

KULIT NORMAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.