Apakah maksud cantik pada anda?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Tanggal 25 Jun 2013 saya sifatkan antara detik paling memorable sepanjang saya bergelar penulis. Saya berpeluang duduk 30 minit bersama bintang Hollywood, Natalie Portman, berbicara tentang banyak perkara, dari kisah pengalamannya sebagai jurucakap Dior serta pandangannya tentang kehidupan.

Rasa berdebar dan teruja hinggap seawal saya menerima undangan dari Dior (Malaysia), dan degupan makin kencang saat menunggu giliran untuk bertemu Natalie secara dekat di bilik acara di Grand Hyatt, Tokyo. Debar itu lenyap sejurus figura genit bersalut gaun Dior rona merah-oren menyambut mesra kehadiran saya di bilik temu bual. Ikuti bicara saya bersama ‘Nina Sayers’ ini. 1

“Pabila seseorang berasa selesa dengan diri mereka dan mereka menerima diri mereka seadanya.” 2

“Rasanya sewaktu mula-mula saya menonton video muzik Madonna. Videonya sentiasa buat saya mahu menari dan melihat gayanya yang bertukar-tukar cukup menarik dan dia punya banyak gaya baru yang mahu dicuba.” 3

“Sewaktu saya melihat wajah Charlize Theron di dalam kempen Dior. Dia nampak sungguh cantik dan seksi.” 4

“Orangnya baik-baik belaka. Mereka mencipta pelbagai gaya mekap dan haruman. Saya sentiasa berasa seronok bekerja dengan mereka.” 5 “Sejujurnya bekerja dengan Dior adalah satu penghargaan cukup besar buat diri saya kerana berpeluang bersama dengan sebuah jenama yang gah. Malah satu penghormatan pabila diletakkan sebaris dengan wanitawanita legenda lain yang pernah bekerja dengan Dior.”

Apakah pengalaman cantik terawal yang anda masih ingat? Apa pula memori awal anda tentang Dior? Apa yang menyeronokkan bekerja dengan Dior? Bagaimana anda mentafsirkan hubungan anda dan Dior?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.