Apakah gaya solekan anda tatkala menghadiri sebarang majlis penting?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Apakah tip kecantikan paling awal yang pernah anda terima? Bagaimana mekap boleh merubah perasaan anda kepada diri sendiri? Setiap pagi pabila anda melihat cermin, apa yang anda fikirkan?

6

“Saya sukakan Dior Show Mascara. Saya lengkapkan penampilan dengan maskara dan tentu sekali gincu. Saya sukakan Rouge Dior 999 pabila ke majlis penting. Pada saya bersiap ke majlis sesuatu yang menyeronokkan. ” 7 “Saya masih ingat seseorang datang kepada saya dan berpesan jangan mencabut kening.” 8

“Solekan boleh merubah mood dan perasaan. Anda boleh bermain dan berkreatif dengannya.” 9 “Saya selalu fikir sepantas mana saya boleh habiskan masa di depan cermin dan kembali kepada anak saya (ketawa).” 10

“Saya rasa kita berpeluang untuk bermain dengan fesyen dan solekan, tetapi bukanlah menjadikan fesyen dan tatarias sebagai sesuatu yang wajib dan serius. Ia lebih menjurus kepada berseronok dan bermain dengan seni. Dan saya percaya awak pun buat benda yang sama kan (ketawa).”

Apakah antara perkara paling indah menjadi seorang perempuan? Apakah perkara terbaik yang anda pelajari semenjak terlibat dalam dunia hiburan? Apa yang buat anda bertahan menjadi diri sendiri? Jika anda boleh mengubah hidup anda, apa yang mahu diubah?

11 “Pada saya pabila begitu hampir dengan dunia glamor dan terkenal dan anda mengalaminya sendiri, anda sedar itu semua tidak punya sebarang erti dalam kehidupan. Dari jauh anda lihat ia sebagai satu pengalaman yang hebat, hakikatnya ia bukan erti sebuah kehidupan sebenar.” 12

“Keluarga dan teman-teman rapat! Mereka yang buat saya kekal begini dan tidak menjadi ‘gila’.” 13 14

“Saya bersyukur dan berbesar hati diletakkan sebaris dengan para pemenang sebelum ini, dan kemenangan itu tidak mengubah apa-apa tentang diri saya.” 15

“I have no idea. Tidak pernah terfikir.” 16

“Saya rasa tentu satu pengalaman hebat jika saya boleh menjadi pemuzik.”

“Punya lebih banyak privasi.”

Adakah memenangi Oscar merubah diri anda? Adakah anda punya impian melakonkan sebarang watak wanita ikonik dunia seperti Naomi Watts melakonkan watak Puteri Diana dan Nicole Kidman sebagai Grace Kelly? Jika anda boleh menjadi orang lain atau apa sahaja, apa yang anda pilih?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.