BAGAIMANA IA TERJADI?

EH (Malaysia) - - Seks Yang Perlu Tahu! -

Kelembapan di dalam vagina berpunca daripada lendir yang dirembeskan ratusan kelenjar di kawasan saluran bawah rahim yang menghala ke faraj iaitu serviks. Ia mengandungi kadar asid yang berupaya membersihkan kawasan vagina dengan menghapuskan bakteria di kawasan itu.

Kelenjar bahagian serviks menghasilkan dua kali ganda lendir bagi memberi keselesaan semasa aktiviti seks berlangsung. Ini dapat mengurangkan rasa sakit, malah membantu wanita menikmati keseronokan seks. Antara sebab kekeringan vagina secara umum adalah:

Tidak cukup rangsangan, foreplay atau keseronokan sebelum melakukan hubungan seks kerana kebiasaannya, wanita memerlukan masa 30 hingga 45 minit untuk berasa terangsang. Lelaki pula lebih cepat terangsang berbanding wanita. Stres dan tidak fokus. Penggunaan pencuci bahagian alat sulit yang salah.

Larutan kimia di kolam renang dan sesetengah sabun pencuci baju yang boleh mengganggu sistem kelenjar. Ubat-ubatan yang tidak sesuai. Kekurangan hormon seks. Perkara ini biasanya berlaku kepada wanita lingkungan usia 35 ke atas dan berkait rapat dengan proses semula jadi seperti penuaan, kekurangan zat, penyusuan badan atau kesan pengambilan pil perancang.

Kekurangan estrogen akibat amalan diet yang tidak betul.

Secara psikologi, anda akan rasa takut dan benci untuk melakukan hubungan seks bersama suami, walhal ia satu kewajipan dalam hubungan berumah tangga. Takut dan cemas punca utama tiada penghasilan lendiran.

FOBIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.