RM1 SEHARI

EH (Malaysia) - - Wang&anda -

Kita bekerja untuk mencari sesuap nasi dan juga pembayaran bil. Ada juga yang membanting tulang untuk membantu keluarga di kampung. Bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab anak-anak, perbelanjaan yang perlu dikeluarkan semakin banyak. Justeru, masih adakah saki baki wang pendapatan untuk simpanan anda?

“BAGAIMANA MENYIMPAN DENGAN BAKI WANG GAJI YANG SANGAT SEDIKIT?”

Apa juga yang kita lakukan, ia bermula dengan apa yang kita fikir dan mahukan. Bertindaklah dengan yakin bahawa semua orang boleh menyimpan wang, walaupun dengan kadar yang sedikit setiap bulan. Anda boleh mulakan dengan dua cara, iaitu:

Sertai kursus atau kelas khusus meningkatkan kemahiran untuk membolehkan anda dinaikkan pangkat dan peluang kerja yang lebih tinggi gaji.

Bekerja lebih masa dengan pembayaran setimpal.

Mempunyai kerja sampingan.

Jadikan hobi atau kebolehan anda sebagai perniagaan.

Menjual barangan terpakai kepunyaan anda yang tidak digunakan lagi dan masih mempunyai kualiti dan dalam keadaan baik.

Ketika membeli-belah, buat perbandingan harga antara tiga jenis barang yang sama agar anda dapat the best deal.

Kebiasaannya, barangan keluaran pasaraya mempunyai harga yang lebih rendah.

Elakkan daripada membeli makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera kerana ia menyebabkan anda cepat lapar selain mengganggu-gugat kesihatan.

Kurangkan atau mansuhkan perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu seperti kopi di kafe eksklusif, rokok serta minuman ringan yang semestinya tidak mendatangkan kebaikan.

Digalakkan untuk memasak sendiri makanan dan bawa bekalan ke tempat kerja. Selain menjimatkan, ia diyakini kerana bersih dan menepati cita rasa anda.

Jangan beli barang dalam kuantiti yang banyak jika ahli keluarga yang ada di rumah tidak ramai, dikhuatiri berlaku pembaziran.

“BAYAR KEPADA DIRI SENDIRI DAHULU”

Benar anda mempunyai senarai hutang lain yang perlu dibayar, namun asingkan sedikit wang ke dalam akaun bank kedua yang tidak disentuh. Selain itu, bonus dan bayaran kerja lebih masa turut disimpan dalam akaun sama. Jangan berkongsi dengan akaun yang mempunyai gaji anda.

“PERBELANJAAN TANPA SEDAR”

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda mempunyai RM100 pada awal minggu dan kemudian tanpa sedar habis dalam tiga hari kemudian? Ini dinamakan perbelanjaan tanpa sedar. Digalakkan untuk mempunyai sebuah buku kecil yang mencatat segala perbelanjaan anda walau untuk sepaket gula-gula. Bawa ia ke mana sahaja.

Mungkin kedengaran seperti anak kecil atau tidak diyakini keberkesanannya,

namun apa kata anda masukkan satu ringgit setiap hari ke dalam tabung khas. Atau boleh juga masukkan lebihan duit syiling bagi mengelakkan dompet

menjadi berat.

“ELAK CAJ BERLEBIHAN”

Penggunaan kad kredit atau bayaran ansuran kebiasaannya melibatkan caj tambahan. Walau caj itu dilihat begitu sikit setiap bulan, namun jika dijumlahkan, jumlahnya banyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.