15 PERKARA TIDAK DILAKUKAN OLEH ORANG YANG BAHAGIA

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

Sentiasa mengadu mengenai semua perkara. Itu tak kena, ini tak kena. Ada saja yang salah di mata. Ia bukan sahaja mempengaruhi keyakinan diri, malah mengganggu hubungan antara orang sekeliling terutamanya pasangan yang sentiasa ada di sisi. Berfikiran positif membolehkan anda fokus kepada perkara yang baik dan mengetepikan apa yang tidak penting.

Diakui cemburu itu perlu ada, namun jika sudah berlebihan ia memberi kesan memudaratkan kepada perhubungan. Orang yang gembira hidupnya mensyukuri nikmat yang dia miliki dan tidak membandingkan kehidupan orang lain dengan diri sendiri.

“Gemuklah kau ini. Nanti suami tak suka.” Aduh, pedihnya hati mendengar kutukan itu. Mengapa perlu mendengar kata-kata orang lain sedangkan pasangan anda menyayangi anda seadanya? Sememangnya anda sakit hati dengan perbuatan orang lain yang berlaku kejam dalam hidup anda. Namun, orang yang bahagia tidak menyimpan dendam, malah membiarkan mereka dan hanya mampu berdoa agar Tuhan yang membalasnya.

Kita sebagai manusia punya had dalam menahan sabar menangani kesedihan dan keletihan. Lepaskan air mata tatkala bersedih. Pergi bercuti bilamana usai menjalankan projek besar untuk syarikat. Bimbang jika dipendam, ia akan mengundang stres yang boleh mendatangkan penyakit. Bertekak hanya untuk membuktikan anda betul. Jika anda tiada perkara relevan untuk didebatkan, tutup mulut dan elakkan pertengkaran yang bisa goyahkan rasa cinta.

Salah satu perkara yang paling mencabar dalam perhubungan adalah menerima pasangan dan orang sekeliling seadanya. Jika memasang harapan akan sesuatu yang tidak pasti terlalu tinggi, anda akan kecewa. Yang penting, jangan terlalu materialistik.

Semua manusia berdepan dengan masalah. Itu lumrah. Mereka yang tidak bahagia membiarkan masalah tergantung begitu sahaja. Mereka akan hidup dalam kebimbangan dan masalah menjadi semakin membebankan hari demi hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.