PASANGAN BAHAGIA

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

Yang benar-benar bahagia adalah mereka yang telah melalui saat suka duka bersama-sama. Mereka ini bahagia dek kerana cara mereka berfikir dan mengagungkan hubungan agar kekal bahagia. TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD & TUN DR SITI HASMAH Mereka berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward, Singapura pada 1947. Persahabatan yang terjalin itu kemudian menimbulkan bibit cinta. Usai pengajian, mereka diijabkabulkan pada 1956. Tumpuan yang terlalu hebat kepada suaminya selaku ahli politik kadang membangkit cemburu, namun lama-kelamaan Tun Dr Siti Hasmah mula memahami. Bagi wanita ini, sikap toleransi penting bagi menjamin kebahagiaan yang berkekalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.