Visi

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

amah orangnya dan mudah didekati. Kata Bambang yang saya temui petang Jumaat itu nak jadi hair dresser juga perlu ada ilmu PR. Komunikasi penting dan kena sentiasa get along dengan ramai orang, baru kerja jadi mudah. Jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini tidak kekok di hadapan kamera sekali gus memudahkan tugas kami petang itu. Saya kagum dengan aspirasinya mahu melihat bidang kerja yang menjadi punca rezekinya ini setaraf dengan bidang profesional yang lain. membawa anda kisah di sebalik kejayaan pemilik nama Bambang Sutrisno Soteto ini.

Kerjaya bermula

Ketika menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Jerman saya bekerja sebagai pembantu di sebuah salun di sana sebagai sumber duit tambahan. Dan bermula dari situ saya ditawar menjadi apprentice kepada bos saya ketika itu, Christina Wegschneider sekitar tahun 2000 selama tiga tahun sebelum ke London untuk menuntut ilmu di Toni & Guy selama enam bulan. Selepas itu saya bekerja seketika di Victoria Garden dan ke Vienna untuk membuat Professional Course di Head Quarters Academy dan setelah tamat saya diambil menjadi trainer di sana selama dua tahun. Sekitar hujung 2006 saya kembali ke Malaysia dan buka Hairkunst di The Curve sehingga hari ini. bidang ini. Kami dibawa mengembara sekitar negara Asia seperti Macau, Hong Kong, Jakarta, Vietnam dan beberapa negara lain bagi berkongsi ilmu tentang stail serta penjagaan rambut.

Masa mula-mula Hairkunst dibuka tujuan saya hanya sekadar mahu mencari duit untuk menampung hidup. Namun seiring masa berlalu semakin banyak yang saya belajar dan saya mahu melihat bidang kerja ini setaraf bidang profesional lain. Seperti di Eropah yang tidak punya double standard bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini. Saya mahu lihat lebih ramai lagi percaya bahawa karier ini mampu menjamin masa depan yang baik seperti kerjaya yang lain. Atas alasan itu juga saya menubuhkan Bumiputera Hair Dressing Association (BOHA).

Tentang BOHA

Saya menubuhkan Bumiputera Hair Dressing Association (BOHA) awal tahun ini dengan tujuan melatih mereka yang berminat dengan menawarkan kursus profesional pada harga yang rendah. Saya ingin lihat lebih ramai lagi anak muda terutama bumiputera terlibat dalam bidang ini secara serius dan profesional. Selain fokus kepada tutorial rambut BOHA juga ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar bagaimana mereka boleh mendapatkan peluang perniagaan yang betul dan skil-skil lain seperti pengurusan.

Ikon yang anda look forward?

Semestinya Vidal Sassoon. Dia pencetus kepada banyak gaya rambut seperti pixie cut, Bauhaus dan sejujurnya saya banyak terpengaruh dengan caranya. Setiap potongan punya teknik dan disiplin tersendiri dalam mendapatkan hasil tepat.

Tip mengelak bad hair day?

Penting untuk menggunakan perapi selepas syampu dan jika rambut anda jenis kering saya sarankan untuk menggunakan leave in conditioner sebagai penyelamat untuk mengelakkan rambut menggerbang dan kusut.

Tip untuk mereka yang bertudung dalam penjagaan rambut?

Untuk memudahkan penjagaan rambut saya cadangkan untuk mereka yang bertudung memotong pendek rambut mereka. Sentiasa pastikan rambut kering sebelum memakai tudung sebab saya lihat kebanyakan wanita bertudung memakai tudung sebelum rambut mereka betul-betul kering. Hal ini akan membuatkan rambut mudah rosak dan putus. Pilih fabrik natural seperti kapas dan kalau boleh elak memilih fabrik lycra kerana ia akan menghasilkan electrostatic charge yang lamakelamaan akan membuatkan rambut anda menggerbang dan kesat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.