Rahsia sulit lelaki? Ada alasan mengapa idea seks

EH (Malaysia) - - Dunia Lelaki -

da kajian menulis lelaki akan berfikir tentang seks setiap tujuh saat bersamaan 8000 kali dalam masa 16 jam sehari. Sebutlah nama Maria Ozawa pada mana-mana lelaki pasti setiap satu daripada mereka mengenali porn star ini paling tidak, pernah menonton sekali aksinya dalam mana-mana video yang dilakonkan. Ramai ahli psikologi percaya bahawa pornografi menjadi jawapan kepada tekanan seorang lelaki. Majalah Men’s Health Amerika Syarikat dalam artikel bertajuk Is Porn Harmful? Menyifatkan pornografi sebagai easy access to commitment free sex. Dengan pornografi tidak kira dalam apa jua medium baik bercetak atau elektronik lelaki lebih bebas dan tidak terikat dengan sebarang kemungkinan kerana aktiviti ini hanya melibatkan satu individu dengan imaginasi mereka.

Profesor Simon Louis Lajeunesse dari Universiti Montreal menyatakan lelaki sebenarnya dilahirkan sebagai insan yang sentiasa ingin punya daya tarikan seksual seperti wanita. Mereka sentiasa persoalkan bagaimana mereka mampu dilihat sebagai insan yang punya kekuatan tersebut dan hal ini membawa fikiran mereka kepada situasi adakah mereka akan hebat ketika di ranjang? Dek kerana alasan begini lelaki menjadikan pornografi sebagai bahan untuk mereka ‘belajar’ dan menajamkan ‘skil’ agar kelihatan hebat ketika bersama pasangan.

Berikut merupakan satu kajian yang dilakukan oleh pornresearch.com yang dikepalai oleh tiga pengkaji yang juga penulis sosial dan ahli psikologi di Amerika Syarikat. Clarissa Smith, Feona Attwood dan Martin Barker menjalankan kajian ke atas lima ribu responden dalam mencari alasan mengapa lelaki menonton pornografi dan berikut merupakan alasan utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.