DIRTY LITTLE SECRET?

EH (Malaysia) - - Inilah Lelaki -

Davy Rothbart menerusi artikelnya buat majalah New York, berjudul He’s Just Not That Into Anyone menyifatkan pornografi sebagai medium yang dipanggil fake orgasm, antidepressant dan mystify yang bersifat sementara dan segera. Fake orgasm yang dimaksudkan Rothbart turut dihurai oleh Dr. Mark Goulston. Menurutnya ada dua jenis seks pada pandangan lelaki – pertama seks atas nama seks semata (ini yang sering membuatkan lelaki menggunakan pornografi sebagai medium utama) dan kedua seks yang melibatkan perasaan kepada pasangan, yang bukan kerana hanya mahu memuaskan nafsu semata. Dia menambah lelaki akan sentiasa ada kemahuan untuk jenis seks pertama yang disebut tadi dan sentiasa mengharapkan seks yang dilakukan bersama pasangan adalah sesuatu yang lebih ‘real’ dan yang mereka boleh banggakan.

IMAGINASI VS. REALITI

Jika anda seorang wanita yang sedang membaca artikel ini jangan salah faham kenapa lelaki begitu dekat dengan idea pornografi. It’s easy self-pleasure menurut Mariella Frostrup menerusi portal The Observer dan kolumnis majalah Glamour, Jake pula menambah tidak semua yang ditonton oleh lelaki menerusi pornografi ini adalah apa yang mereka inginkan daripada pasangan dalam kehidupan sebenar. Jake menambah lelaki hanya suka berimaginasi tentang seks but they just date a real women! Dan percayalah jika suami atau pasangan anda lelaki yang waras mereka tidak akan sekalipun mengharapkan anda menjadi seliar bintang porno yang mereka tonton. Pendapat ini turut disokong James Deen, aktor pornografi yang menyebut “Lelaki hanya mahu bermain dengan Ingin dirangsang Sekadar mengisi masa yang ada Jake dalam artikelnya Why Men Love Porn menambah ramai lelaki menganggap hal ini sebagai guilty pleasure yang hanya mahu disimpan oleh diri mereka sahaja tanpa ada yang perlu tahu tentang hal tersebut. Ramai wanita hari ini dalam diam risau jika pasangan mereka mempunyai ketagihan terhadap pornografi dan persoalan seperti adakah ia akan menjejaskan perhubungan mereka atau adakah hal ini membawa pasangan mereka kepada kecurangan dalam perhubungan mula timbul?

Sebetulnya tidak. Ia merupakan perihal normal dan lelaki menonton pornografi bukan kerana tiada kepuasan seks bersama pasangan namun ia hanya sekadar rangsangan normal seorang lelaki. Ian Kerner penulis She Comes First berkata sebagai pasangan adalah lebih baik anda tidak membangkitkan isu ini kepada pasangan jika ia tidak memudaratkan perhubungan.

MEDIUM CURANG?

Di zaman semua hal boleh dibuat hanya di hujung jari ini, teknologi internet memudahkan lagi penularan aktiviti pornografi. Lambakan laman web berbentuk pornografi menjadi medium kebanyakan lelaki hari ini mendapat akses mudah memuaskan kemahuan untuk melihat aksi hangat pemerannya. Tidak hanya di komputer, beberapa aplikasi telefon pintar berunsur seksual seperti PURE, Bang With Friends dan Tinder antara yang banyak ditulis penulis sosial dunia yang gusar dengan keterbukaan manusia hari ini terhadap pornografi dan seks secara ‘senyap’ yang membolehkan pasangan anda berlaku curang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.