KELAS SATU

Terbang ke tanah tumpah darah legenda Mahsuri, melewati keindahan muka bumi dari satu pulau ke satu pulau dengan servis kelas pertama yang cukup mengasyikkan.

EH (Malaysia) - - Melancong -

ali terakhir saya ke Langkawi sekitar 2007 dan ketika itu bersama rakan-rakan seuniversiti mengembara menyiapkan salah satu tugasan yang diberi. Dan Julai lalu seminggu sebelum berpuasa saya kembali ke pulau legenda ini. ‘Angin’ sekitarnya masih sama seperti dulu. Saya tidaklah hiraukan sangat untuk berbelanja coklat di Kuah atau sibuk berehat di Chenang namun kembara ke pulau-pulau kecil dengan mencuba perkara-perkara baru di sana yang saya nantikan.

Saya diterbangkan bersama lebih kurang lima belas delegasi media tempatan lain oleh NAAM, satu agensi pelancongan dan sukan air yang memberi servis percutian serba lengkap dan mewah. Mujur NAAM menawarkan apa yang saya impikan! Semua servis yang disediakan berpeluang kami cuba dan selepas itu barulah saya faham apa yang dimaksudkan Pemilik NAAM, Dr. Ravi Ponniah tentang NAAM iaitu penekanan kepada sistem keselamatan dengan teknologi mesin marin yang bertaraf antarabangsa.

Setiba di Lapangan Terbang Langkawi kami disambut cukup mesra dan dibawa terus ke Kuah menetap di City Bayview untuk tiga hari di sana. Di mulakan dengan aktiviti free and easy, wakil NAAM memberitahu mereka sengaja menempatkan kami di Kuah kerana mereka tahu ramai yang mahu memborong coklat di sana. Tamat sesi free and easy, bermulah kembara sebenar kami bersama NAAM.

Sekitar jam lima petang kami dibawa ke jeti Kuah menikmati pengalaman mengembara bagi melihat matahari terbenam di pulau legenda ini. Perkhidmatan cruise yang disediakan ada dua iaitu Blue Dolphin dan senja itu kami dibawa menaiki Sea Falcon yang boleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.