WANGIAN PILIHAN:

EH (Malaysia) - - Horoskop -

Nota berempah dan kuat untuk meningkatkan semangat setiap kalinya.

TAURUS

Anda percaya kebolehan diri sendiri. Mempunyai imaginasi yang hebat dan tidak suka menciplak idea orang lain.

Anda suka elemen sensual, justeru wangian penuh romantis gabungan ros dan daun teh adalah pilihan tepat.

WANGIAN PILIHAN:

GEMINI

Bijak bersosial dan bergaul membuatkan anda disenangi ramai. Anda bukan sahaja bijak menyusun bicara, malah pendengar yang setia dan juga pemujuk hati yang lara. Ada juga yang mengakui anda ini punya sifat menggoda tersembunyi dalam diri.

Segar dengan nota sitrus, ia membolehkan anda berasa yakin untuk mendekati orang lain.

WANGIAN PILIHAN:

CANCER

Hatimu lembut dan sensitif serta penuh dengan cinta dan bahagia. Sukar mempercayai orang serta gemar berada bersama orang yang membuatkan anda gembira dan boleh dipercayai.

Anda memerlukan wangian dengan nota bau yang membuatkan anda selesa. Gabungan melur, magnolia serta bunga lili adalah lambang elemen, klasik serta kewanitaan.

WANGIAN PILIHAN:

LEO

Anda punya tarikan tersendiri, menyebabkan perhatian sentiasa tertumpu pada anda. Dan anda sukakan perhatian itu. Kreatif, berbakat dalam bidang seni serta setia dalam perhubungan cinta mahupun persahabatan.

Anda memerlukan wangian yang mengusik perhatian.

WANGIAN PILIHAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.