Tiru Solekan

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Sekali lagi EH! bekerjasama dengan jenama kecantikan terkenal Lancome. Kali ini lima gadis penghias muka depan EH! edisi Anggun & Disenangi menerima sentuhan dua jurusolek Lancome, Fadzlan Nor dan Karen. Solekan untuk muka depan kali ini banyak ditumpukan pada bahagian mata. Solekan mata berkabut, adunan rona coklat dan hitam mencipta gaya solekan mata yang lebih galak. Penggunaan penggaris mata yang digariskan di keliling mata buat solekan smokey lebih menyerlah. Sempurnakan solekan dengan calitan maskara. Pembayang mata warna putih dicalit sedikit pada bawah kening untuk ‘membuka’ mata. Tidak lupa layangan pemerah pipi serta calitan gincu rona merah samar pada bibir sebagai penyempurna solekan.

Untuk dandanan pula, Gary dan Fendi Sani mencipta gaya rambut berombak, dan pabila rambut ditiup lembut lantas tercipta gaya yang lebih seksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.