LOVE PINK

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Bersempena projek ‘Love My Life’ tahun ini, Xixili mengadakan program awal pencegahan kanser payudara dengan tiga sesi berbeza. Dimulakan dengan bengkel tanda-tanda awal serta cara pemeriksaan dan penjagaan payudara oleh Hospital Pantai dan diikuti dengan video menarik yang dirakamkan oleh pelajar kolej dengan kandungan mesej pencegahan awal kanser ini. Bertempat di butik Xixili Sunway Pyramid, tetamu dihiburkan dengan langkah tari cara pemakaian bra yang sangat kreatif dan diketuai oleh dua pelajar kolej. Ini diakhiri dengan pementasan koleksi terbaru Xixili yang penuh gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.