58 TAHUN!

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Jenama Hush Puppies menata gaya seisi keluarga dengan menonjolkan rekaan selesa, fun dan cool buat meraikan ulang tahunnya ke-58. Gaya klasik Amerika yang dipersembahkan sempena meraikan ulang tahun itu didominasi rona merah tomato, putih dan biru dakwat dalam koleksi Stars & Stripes Anniversary 2013. Popular dengan helaian ikonik Polo-T, Pengurus Pemasaran Hush Puppies Apparel, Celeste Tee menyarankan ia dipadankan dengan celana pendek serta blazer bagi menambah cita rasa kasual. Sempena ulang tahun ini juga, pembeli bakal menerima rebat sebanyak RM55 dengan setiap pembelian RM200, butang lencana edisi ulang tahun serta kad ahli VIP diskaun 15 peratus untuk setiap helaian harga biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.