Proses Lakaran

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Sejak 1994, Sembonia merencana stail wanita terkini dengan penghasilan rekaan kasut dan beg tangan ajnas gaya. ekitar 1994, satu jenama lokal yang memberi fokus pada rekaan beg dan kasut diperkenalkan, sekali gus mewujudkan permintaan yang lebih dekat dengan cita rasa fesyen tempatan dan percikan unsur moden. Bertepatan dengan maksud namanya yang bererti gaya hidup stylish, Sembonia memastikan setiap rekaan menonjolkan kualiti pada pembuatan serta pemilihan material yang meyakinkan. Ini dapat menonjolkan gaya terbaik individu sekali gus merakam statement fesyen yang unik dan tersendiri. Selama 19 tahun, Sembonia melengkapi gaya wanita bekerjaya berumur 25 hingga 35 tahun dengan deretan kasut tumit, kasut sarung, sandal, beg tangan kulit serta aksesori lain. Bahan kulit kebanyakannya diimport dari Itali manakala rekaan monogram kanvas dan fabrik dihasilkan dari Korea dan Taiwan.

Rekaan Sembonia tidak terhad. Ia direka daripada pelbagai rangkaian, dari klasik hingga fun, feminin, multifungsi, effortless serta menyediakan rona-rona menarik bagi membangkit mood helaian anda. Jenama lokal ini turut mewarnai setiap acara kasual mahupun formal, malah ia sentiasa memberi impak terbaik pada pemakai dengan pembuatan sempurna sekali gus menampilkan cita rasa yang moden dan terkini. Menawarkan harga yang berpatutan, menjadikan wanita Sembonia tampil lebih berkeyakinan. Jenama ini juga tidak menidakkan peredaran fesyen semasa malah tampil lebih peka.

Sejak pembukaannya, Sembonia berjaya menawan pelbagai kelompok fesyen dalam dan luar negara yang mempunyai interpretasi serta hala tuju fesyen tersendiri. Nyata dengan menyediakan ajnas rekaan untuk digayakan, jenama ini sudah mempunyai 19 butik dan 70 kaunter jualan di seluruh Malaysia. Sembonia percaya dengan fesyen yang diketengahkan dan terbukti ia diterima.

Bagi menghasilkan rekaan yang bermutu tinggi, ia bermula dari lakaran yang baik yakni pereka Sembonia akan menerangkan setiap aspek sudut lakaran. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu lakaran dua dimensi dan tiga dimensi. Di Sembonia, rekaan dilakar dengan sempurna iaitu lengkap dengan bacaan yang memudahkan ia untuk dihantar ke bahagian pengkhususan. Ia meliputi saiz kelebaran beg, tinggi pemegang, jenis jahitan serta material yang gunakan. Contohnya, pada lakaran Truly Hobo, Forever Tote dan Mysterious Satchel, setiap pembuatannya berlainan dan mempunyai keistimewaan tersendiri serta menonjolkan gaya yang praktikal.

Musim Luruh/Dingin’13

Tiga koleksi terbaru musim ini iaitu Candlelight, Midnight dan Romance direka dalam nada pusam dan bersentuhan kilau. Renda turut diangkat sebagai medium gaya feminin dan romantik serta keunikan bahan material yang digunakan pada koleksi ini. Ini termasuk penggunaan jacquared leather trimmed dan canvas trimmed leather pattern dalam dua rekaan monogram Sembonia berbeza dengan kombinasi tiga elemen termasuk monogram, kulit dan kulit kuda. Koleksi Candlelight diberi sentuhan rona rustic dan pastel manakala Midnight dibangkitkan dengan gaya ultra feminin dan chic dalam rona biru. Bagi yang mencintai rona terang, Romance direka merah dramatik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.