KEYAKINAN

SEMUA ORANG BOLEH MENGGAYAKAN BAJU YANG SAMA, TETAPI ADA FAKTOR LAIN YANG MEMBUATKAN HANYA SEORANG DUA LEBIH MENYERLAH. APA RAHSIANYA?

EH (Malaysia) - - Stail -

Di dalam satu kelompok, tidak kira di kalangan teman-teman di kolej, di tempat kerja mahupun keluarga, pasti ada seorang dua yang punya gaya yang lebih menonjol. Penampilan mereka lebih menyerlah berbanding teman-teman lain. Dia juga sering dijadikan tempat rujukan dalam bab bergaya, bersolek dan berdandan. Mereka ini diberikan gelaran ‘Best Dressed’ di kalangan teman-teman. EH! kongsikan mengapa anda juga boleh jadi seperti mereka.

TRENDSETTER Mereka yang sering diangkat sebagai ‘Best Dressed’ sering kali menjadi rujukan gaya. Mereka adalah pencetus trend. Tetapi itu tidak bererti mereka menidakkan trend fesyen semasa, tetapi mereka tidak membuta-tuli mengikut semua trend. Mereka tapis dan pilih, dan pilihan mereka itu ditentukan berdasarkan kesesuaian personaliti mereka sendiri.

MASA & TEMPAT Kata pepatah, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kadang kerbau menguak. Jadi apa yang anda pakai biarlah kena dengan tempat, waktu dan majlisnya. Janganlah bergaya tak kena dengan orang sekeliling. Memanglah keyakinan anda tinggi menggunung, tetapi bukankah tidak cantik anda bergaya seksi ke majlis kenduri kahwin yang rata-rata dihadiri oleh makcik pakcik yang sebaya ibu dan ayah kita? Patuhi etika berpakaian. Peka dengan destinasi dan bentuk majlis yang bakal dihadiri, bukan sahaja soal rekaan pakaian tetapi tentunya anda mahu menyarung helaian yang buat anda selesa.

SUAI PADAN Mereka yang pandai bergaya biasanya memang bijak dalam menyuai padan pakaian. Oleh sebab kepandaian mereka inilah mereka tampil menyerlah. Mereka tahu mengadunkan helaian vintaj, mewah dan ringkas dalam satu masa, hasilnya memang wow!

fun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.