Bella Heathcote

EH (Malaysia) - - ‘It Girl’ -

‘Disney princess’ kelahiran Melbourne, Australia ini memulakan kariernya pada 2008 dan dikenali dengan watak Amanda Fowler menerusi drama Neighbours di TV Australia. Bagaimanapun, nasibnya bagaikan sudah direncanakan dengan baik. Dia berjaya memegang watak sebagai Victoria Winters atau Josette DuPres dalam filem arahan Tim Burton di samping watak utama Johnny Depp, Michelle Pfeiffer dan Helena Bonham, sekali gus menjadi batu loncatan untuk lebih dikenali di Hollywood.

“Saya rasa seperti di dalam filem The Hunger Game. It was surreal and so full on dan sangat terkejut. Kemudian saya minum. Remember I’m Australian,” dia menjelaskan perasaan sewaktu kali pertama ke Tayangan Perdana The Dark Shadow di London. Kecantikan Burton-esque ini turut memudahkan dia menyarung apa jua jenama dan gaya. Dia kekal menawan!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.