HARUMAN UNGGUL LUX

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Untuk pengalaman mandian yang unik, jenama kecantikan Lux telah bekerjasama dengan pakar haruman untuk menghasilkan sabun mandian eksklusif dengan wangian yang mempesona. Pengurus Jenama untuk Pembersih Kulit, Unilever (M) Sdn Bhd, Tanya Teng menerangkan bahawa nadi dalam setiap mandian Lux ialah wangian kerana ia membantu setiap wanita berasa lebih positif terhadap diri sendiri dan membenarkan mereka menggambarkan perasan sebenar melalui haruman berpanjangan. Jadi, tidak hairanlah jika Lux bekerjasama dengan Ann Gottlieb, pakar haruman untuk mencipta mandian Lux Magical Spell dengan haruman kompleks orkid hitam dan minyak juniper yang memberikan haruman berkekalan. Duta Jenama Lux, Nur Fazura yang membesar dengan produk Lux juga memuji wangian yang dihasilkan oleh Ann kerana ini menjadikan produk Lux lebih istimewa dan scentsational. Rangkaian mandian badan Lux boleh didapati dalam wangian Lux Soft Touch, Lux Velvet Touch, Lux White Impress, Lux White Magical Spell, dan Lux Wake Me Up dengan harga RM15.90 (botol 700ml), RM6 (botol 220ml) dan RM8.90 (pek isian semula).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.