KULIT SIHAT & TERLINDUNG

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Dettol, pakar kebersihan yang dipercayai terus menawarkan mandian badan yang inovatif dan unik dengan melancarkan Dettol Radiance baharu. Produk mandian baharu ini bukan sekadar memberi fungsi pembersihan kerana turut menggabungkan perlindungan dengan rumusan unik vitamin untuk memberi kebaikan dan pelembap yang dapat mengembalikan seri kulit. Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Steven Chow, berkata “Kulit adalah organ utama badan dan merupakan lapisan perlindungan antara anda dan alam sekitar. Ia memainkan peranan paling penting dalam melindungi dan membina ketahanan dalaman badan. Oleh itu, kita patut menjaga kulit supaya ia sentiasa sihat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.