MENENTANG TANDA PENUAAN

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Swiss line dalam cubaan terbarunya menawarkan inovasi luar biasa dalam menentang tanda-tanda penuaan. Penyelidikan dan pembangunan tercanggih Swiss Line telah menghasilkan bukan sahaja satu produk tetapi satu sistem yang mencetuskan kesan domino dalam melawan tanda penuaan. Para saintis Swiss Line telah merujuk pencapaian penyelidikan berevolusi ini, sebagai ‘alter ego’ untuk antipenuaan.

Swiss Line Cell Shock Age Intelligence Youth-Inducing System telah menggabungkan satu siri bahan kukuh yang kompleks (Cellactel 2 Complex, Madecassoside, molekul-molekul daripada sejenis alga, sel-sel tunjang kultur dari sejenis pokok kopi, collagen promoting peptides, retinol dan lain-lain) untuk bertindak sebagai ‘domino’. Mereka bekerja secara berturutan dan selaras untuk menentang tanda-tanda pertama penuaan, seterusnya mewujudkan satu hasil keremajaan yang kekal lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.