THE BODY SHOP ANJUR PROGRAM BERSIHKAN PANTAI

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Acara membersihkan alam sekitar anjuran The Body Shop bersama International Coastal Cleanup (ICC), Kementerian Pelancongan dan Permanis tahun ini mengambil tempat di Thistle Port Dickson Resort. The Body Shop turut mengundang Blu Inc Media untuk turut serta dalam program murni ini. Seramai 46 orang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Azliza Ahmad Tajuddin mengambil peluang ini sebagai satu tanggungjawab sosial korporat pada tahun ini.

Sebanyak 600kg sampah berjaya dikutip dalam masa dua jam yakni mengatasi rekod terbaik mereka iaitu sebanyak 395.6kg. Antara jenis-jenis sampah yang dikutip terdiri daripada putung rokok, bekas plastik dan botol plastik yang menjadi majoriti berbanding jenis-jenis sampah lain. Aktiviti diakhiri dengan sarapan di tepi kolam dan menariknya para sukarelawan juga turut mendapat cenderahati istimewa daripada The Body Shop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.