LANGKAH PENGGUNAAN:

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1

Apabila anda mengoles pelembap atau krim tabir suria, biarkan ia beberapa minit agar ia menyerap ke dalam kulit. Berbeza dengan tabir suria di mana ia hanya akan berlegar di lapisan teratas kulit. 2

Oleskan primer sebelum mengoleskan alat solek lain. Kemudian baru teruskan dengan sapuan bedak asas atau bedak tabur. 3

Sekiranya anda mengoles terlalu banyak primer pada kulit, ia akan berkumpul di bawah lapisan bedak asas. Sebenarnya anda hanya perlukan jumlah primer sebesar kismis untuk keseluruhan wajah. 4

Jika ini tujuan anda, memang ia satu langkah terbaik. Titipkan saja pada bahagian yang ingin dilitupi dan kemaskan dengan menggunakan berus. 5

Jika anda mengoles primer dengan tujuan untuk melindungi dan merawat cela, jangan lumurkan bedak asas dengan urutan. Hanya titipkan saja dengan jari dan perlahan-lahan kemaskan menggunakan span lembap, ia mengelakkan primer anda dari terjejas. 6

BIARKAN SEKETIKA

DAHULUKAN PRIMER

GUNAKAN SECARA MINIMUM GUNAKAN HANYA UNTUK MENUTUP GARISAN HALUS DAN CELA LAKUKAN TEKNIK YANG BETUL APABILA MENYAPU BEDAK ASAS BEDAK TABUR SEBAGAI KEMASAN SEMPURNA

Jika anda mengoles bedak asas cecair, sentiasa kemaskan solekan dengan melayangkan bedak tabur. Jika tidak lapisan primer dan bedak asas tadi akan bergabung dan akan tercomot atau hilang sebaik anda menyentuh wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.