Apakah yang menjadi cabaran dalam menghasilkan kolaborasi ketiga ini?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Apakah keistimewaan 6 Hearts Princess (6HP) sehingga menjadi inspirasi buat kolaborasi kali ini?

BERSAMA TAKASHI MURAKAMI 1

6HP adalah simbolik transformasi sifat feminin wanita yang mencerminkan diri mereka sendiri, alam semesta, di antara yang benar dan yang tidak, juga sifat yang baik dan sifat gelap yang wujud di dalam diri setiap wanita. Ia bersesuaian dengan koleksi ini yang mana palet warna hadir dengan rona yang lembut dan gelap. Dalam animasi asal, ‘dark princess’ tidak wujud dan karakter itu dihasilkan eksklusif buat koleksi ini yang mana ia tampak lebih relevan dan ideal. 2

Tentunya sewaktu menerima tawaran kerjasama ini, bukan maksud saya tidak berminat namun saya dan syarikat saya Kaikai Kiki Miyoshi sebelum ini pernah membuat kolaborasi untuk dua koleksi jadi saya bimbang ia akan membosankan. Dari segi pemasaran memang bukan kepakaran kami, jadi kami hanya boleh menyumbangkan idea yang segar yang mana akan disukai pelanggan Shu Uemura, dan itu menjadi cabaran hebat buat kami. 3

Hasil seni anda punya cerita di sebaliknya dan penceritaan yang serius dalam masyarakat. Bagaimana anda ekspresikan sesuatu yang serius dengan penggunaan pelbagai warna?

Karya saya menggunakan banyak karakter yang comel, dan warna yang pelbagai supaya apabila orang melihatnya mereka dapat merasai ia satu hasil yang menggembirakan walaupun ia sesuatu yang serius. Saya sukakan kontras dan ia memang idea semula jadi saya. 4

Saya berbangga untuk koleksi kali ini, dan saya sentiasa berusaha untuk tampilkan kelainan. Semuanya perlu dibincangkan terlebih dahulu, banyak yang perlu ditukar. Koleksi ini melibatkan artis dan ramai yang melakukan kolaborasi sebegini, jadi kolaborasi ini perlu tampil unik. Untuk majlis pelancaran koleksi ini juga saya membuat kolaborasi dengan karakter kostum (cosplay), yang mana cosplay saling berkait dengan anime. Saya mereka konsepnya dan ideanya semula, saya ingin menjadikannya sangat kreatif. Malah maskot yang ditampilkan juga adalah sangat istimewa. 5 6HP sangat unik, idea asalnya adalah daripada karakter Majokko (gadis sihir) , satu animasi yang popular di Jepun. Ia menceritakan gadis biasa yang mampu bertukar menjadi ‘super woman’, dan menerokai dunia kecantikan dan kewanitaan yang baru. Serasi dengan Shu Uemura yang mana sasarannya adalah wanita.

Apakah jangkaan anda untuk kolaborasi kali ini? Apakah inspirasi anda ketika menghasilkan animasi 6HP ini?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.