Apa keistimewaan koleksi ini?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Apakah yang ingin ditekankan pada koleksi kali ini? Boleh berkongsi tip menggunakan Eye and Cheek palette ini?

TEMU BUAL BERSAMA PENGARAH ARTISTIK SHU UEMURA, KAKUYASU UCHIIDE 1 Saya ingin pastikan semua orang boleh menikmati koleksi kali ini. Dengan konsep dan penceritaan yang menarik ia dapat mencuri perhatian ramai. 2

Dua palet ini hadir dengan konsep berbeza iaitu romantis dan glamor. Rona yang hadir dalam palet romantis ini lebih kepada rona-rona lembut dan semula jadi. Berbeza dengan palet glamor yang mana ronanya lebih gelap. Anda boleh gunakan palet ini membentuk huruf ‘L’ iaitu daripada asas hingga ke kemasan solekan. Rona-rona di bawah sekali digunakan untuk memberikan hasil yang lebih dramatik. Anda boleh oleskan Lip&Cheek Fun-Tasy terlebih dahulu pada pipi kemudian dilapisi pemerah pipi jenis kompak yang hadir dalam palet tadi untuk menyerlahkan lagi rona. Sentiasa gabungkan rona yang ada, jangan memakai satu rona sahaja, contohnya hanya mengoles rona merah jambu, ia mencipta wajah yang tampak keras. Memesrakannya bersama rona lain dapat menjadikan wajah lebih lembut. 3

Kolaborasi ini sememangnya sudah istimewa dan unik. Selain itu kesemua formula diperbaharui agar rona lebih menyerlah dan tahan lama. 4

Kesemuanya boleh, cuma gabungkan rona coklat dan merah jambu, ia memberi wajah yang lebih feminin dan lembut. Padankan bersama Lip&Cheek Fun-Tasy rona ‘Heroine Rose’ untuk riasan yang lebih menyerlah. 5

Apakah kombinasi terbaik untuk rona pembayang mata merah jambu? Satu perkataan untuk menggambarkan koleksi kolaborasi kali ini?

Transformasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.