COLLAGEN BOOSTER

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Sebagai rawatan antipenuaan yang sempurna, Double Serum juga terbukti meningkatkan pengeluaran satu kolagen sebanyak sembilan kali melalui peningkatan dalam menegangkan kulit, mengurangkan kedutan, pori kulit kurang ketara, gebu dan keanjalan kulit lebih sempurna.

TIP PENGGUNAAN SERUM

Double Serum mempunyai tekstur ringan seperti gel dan memberi keselesaan seperti krim kepada penggunanya. Mampu menyerap segera ke dalam kulit malah harumannya dicipta oleh pakar wangian dari Jepun, yang menggabungkan nota buah-buahan dan bunga-bungaan nan segar dan terpilih. Rawatan teras lagi asas kepada antipenuaan ini serasi untuk semua jenis kulit buat wanita yang berusia 25 tahun dan ke atas.

Sebelum anda menggunakan krim pelembap kulit, titiskan tiga hingga empat titisan Double Serum kemudian hangatkannya dengan tapak tangan. Oles pada wajah dan tengkuk secara lembut kemudian tekan perlahan-lahan menggunakan tapak tangan agar lebih pantas meresap. Boleh digunakan siang atau malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.